Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Selalu stres kat tempat kerja?
Kadang-kadang kita ni kerja sampai sakit sakit kepala. Asalkan hari Isnin je rasa ‘Monday Blues’ pastu asyik kira bila nak hari Jumaat. Daripada kita duk kira berapa hari lagi nak sampai hari minggu, baik kita cari cara-cara nak kawal stres kat tempat kerja.
Tips kawal stres:
Amalkan pengurusan masa
Mesti dah selalu dengar kan tips nombor 1 ni? Tapi kalau kita luangkan masa yang secukupnya untuk setiap tugasan memang dapat tolong kita untuk kurangkan stres bekerja. Keyword dia "Realistik". Sikap realistik ni penting supaya kita dapat set masa yang diperlukan untuk siapkan kerja kita supaya tak la kita seksa diri nak siapkan kerja dalam jangka masa yang tak logik.
Hadkan Komitmen
Kita kena tentukan keutamaan untuk siapkan kerja yang kita ada ikut kepentingan setiap kerja tu. Bila kita susun betul-betul mana yang nak kena buat dulu, baru la kita ada masa untuk relaks sikit.
Kenali Situasi
Bila kita tau sama ada satu situasi tu dalam kawalan kita ataupun tak, lagi senang untuk kita buat keputusan dan bertindak. Kalau benda tu memang luar kawalan kita, kita kena terima kenyataan dan fokus kat benda yang kita boleh kawal je la kan. Buat apa yang mampu, camtu la ceritanya.
Uruskan Masalah dengan Cepat
Masalah akan selalu ada, jadi kita kena kenal apa masalah yang kita kena hadap tu dan fikirkan solusi yang wajar. Kalau rasa tak mampu untuk uruskan seorang diri, mintalah tolong dari orang yang sesuai.
Ambil Masa Untuk Rehat
Dah berjam-jam ada kat pejabat tu, ambik la sikit masa untuk bertenang. Tarik nafas dan rehatlah dalam 15 sampai 20 minit ke dalam suasana yang tenang untuk ‘recharge’ diri kita.
Jaga Hubungan
Tak mungkin kita boleh kerja sorang-sorang. Sebagai manusia yang normal, kita mesti akan ada interaksi dengan orang lain, sebab tu sebolehnya jaga hubungan dengan rakan sekerja dan sentiasa bersikap profesional untuk elakkan drama kat tempat kerja.
Buat Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal ni bukan je penting untuk nak kekalkan kesihatan tubuh badan tapi sedikit sebanyak boleh legakan stres kita. Kepala asyik fikir kerja je tak boleh jugak, bagi la peluang untuk otak kita rehat dengan buat senaman bila luar waktu kerja.
Cari Hobi
Okay tips no 8 ni pun khas bila kita berada di luar waktu kerja. Kita kena luangkan sikit masa untuk hobi kita dan luangkan masa dengan orang yang kita sayang. Benda ni penting supaya kita tak sibuk nak fikir kerja je bila luar 'office hour' dan tak payah la rasa bersalah untuk ada hidup yang seimbang. Kita hidup ni bukan untuk kerja je, jadi kalau nak bahagia, buatlah benda yang kita suka.
Harapnya lepas ni kita boleh lebih semangat nak pergi kerja dan tak perlu nak stres tak tentu pasal dah.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan