Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
3 Kelebihan Berbasikal
Bila petang-petang lepas balik kerja mungkin selalu ternampak budak-budak main basikal kat taman rumah, boleh buat kita rasa teringin jugak nak berbasikal.
Harini jom kita tengok selain nampak menyeronokkan, apa kelebihan kalau kita berbasikal ni?
3 kelebihan berbasikal
Membakar kalori
Kita boleh hilang banyak kalori bila berbasikal.
Setengah jam berbasikal kalau kadar sederhana dengan berat 155 paun kat atas basikal boleh bakar 260 kalori. Kalau kata berat badan kita lebih dari ni dan kita main basikal pada intensiti yang lagi tinggi, lagi banyak kalori yang dibakar.
Baik untuk sendi
Ada banyak aktiviti aerobik yang tak sesuai dengan sendi-sendi kita contohnya berjoging atau sukan berpasukan.
Tapi yang bagusnya berbasikal ni, dia boleh buat jantung kita mengepam tanpa letak terlalu banyak tekanan kat sendi kita.
Berbasikal ni memang baik untuk mereka yang ada lebihan berat badan sebanyak 50 paun sebab ia akan kurangkan tekanan mekanikal kat pinggul, lutut, belakang dan pergelangan kaki; kalau kita bandingkan dengan berjalan kaki.
Manfaat kepada jantung
Berbasikal boleh akan tingkatkan kesihatan kardiovaskular. Kalau selalu berbasikal, boleh kurangkan tekanan darah tinggi, kawal gula dalam darah dan juga menghalang serangan jantung.
Berbasikal secara berkala ni boleh tingkatkan fungsi jantung sebab dia buat jantung kita mengepam darah dengan lebih efisyen.
Selain tu, berbasikal ni dapat tingkatkan jumlah kolesterol baik pastu turunkan kolesterol jahat kat dalam kita. Bila kolestrol baik banyak, kolestrol jahat pulak kurang, plak dalam arteri dapat dikurangkan.
Kesimpulannya, berbasikal ni baik untuk mental dan fizikal kita. Lagipun seronok kan kalau dapat bersenam sambil pusing-pusing kawasan rumah? Apa-apapun kita kena dapatkan pelatih peribadi atau golongan profesional untuk pastikan berbasikal ni sesuai ke tak untuk kita.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan