3 Sunnah Menjaga Kesihatan Diri Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

3 Sunnah Menjaga Kesihatan Diri

  1. Bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh untuk buat solat sunat dan solat Subuh secara berjemaah.

Hikmah yang boleh kita nampak antaranya kesegaran udara subuh yang baik untuk badan kita dan boleh persiapkan diri kita di awal hari.

  1. Tak makan berlebihan

Rasulullah tak makan sebelum lapar dan bila makan tak terlalu banyak atau tak sampai kenyang.

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Kita juga diajar untuk tahan lapar dan berpuasa pada bulan Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan. Dan Rasulullah juga selalu puasa sunat diluar bulan Ramadhan.

  1. Suka jalan kaki

Rasulullah berjalan kaki untuk pergi ke masjid, pasar, medan jihad dan untuk mengunjungi rumah sahabat.

Bila berjalan kaki, peluh banyak keluar dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

Berbanding kita sekarang yang lebih selesa naik kenderaan. Kalau boleh nak parking dalam mall.

Kita boleh contohi apa yang Rasulullah lakukan, kalau tak dapat buat semua, sekurang-kurangnya kita tak tinggalkan semua.

Moga-moga ada kebaikan yang kita dapat.

Sumber: https://akuislam.com/blog








Ulasan

Catatan Popular