3 Tips Simple Gigi Kekal Sihat Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

3 Tips Simple Gigi Kekal Sihat

Kita kena jaga kebersihan gigi sebab dia ada kaitan dengan penyakit kencing manis, penyakit jantung semua. Bukan untuk nampak cantik je kebersihan gigi ni.

Jadi macam mana cara nak jaga gigi selalin gosok gigi dua kali sehari?

  1. Jaga berus gigi

Jaga berus gigi ni sama penting dengan nak pilih yang paling selesa untuk kita. Lepas habis berus tu, jangan lupa bilas dengan air, pastu simpan kat ruang terbuka. 


The American Dental Association kata orang dewasa perlu tukar berus gigi setiap tiga bulan sekali. Tapi untuk berus kanak-kanak lagi awal. Tapi kalau belum tiga bulan pun bulu berus gigi dah kesini kesana, tukar je la yang baru. Kalau pakai yang tu jugak, belum tentu bersih mulut kita.


  1. Berus lidah dan bahagian dalam pipi



Lidah dengan pipi ni pun tempat yang bersentuhan dengan makanan, selain gigi dengan gusi, jadi gula dan asid boleh melekat kat permukaan. Sebab tu tak boleh palau bahagian lidah dengan pipi ni. Kalau berus gigi semata, tak bersih la keseluruhan mulut kita. Bila tak bersih, tu bakteria berkumpul dalam mulut.


  1. Jumpa doktor gigi

Bukan bila dah mula sakit gigi baru nak set appointment jumpa doktor. Seelokknya pergi 6 bulan sekali supaya doktor gigi dapat periksa kalau ada benda yang patut kena buat untuk elakkan kerosakkan gigi. Mencegah kan lagi baik daripada mengubati.


Mulut kita ni tak boleh nak bersihkan diri sendiri, jadi kita yang kena jaga elok-elok. Cuba dulu tips ni untuk dapat manfaatnya.

Senang je kan?








Ulasan

Catatan Popular