Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
4 Manfaat Berenang untuk Kanak-kanak
Dah ada plan nak masukkan anak kelas berenang tapi tak pasti berbaloi ke tak? Okay para ibu bapa, mestilah berbaloi sebab berenang ni aktiviti fizikal yang mendatangkan banyak manfaat untuk kanak-kanak.
Tapi bila kanak-kanak boleh mula berenang?
Dalam umur 2 bulan dah boleh bawa bayi anda ke kolam renang. Kelas berenang biasanya bermula dalam umur 6 bulan.
4 Manfaat Berenang untuk Kanak-kanak:
Kesihatan Fizikal
Semasa berenang, semua otot akan digunakan untuk kekalkan posisi dan bergerak dalam air. Kanak-kanak akan menendang, menarik dan menolak air semasa berenang.
Otot kena kerja lebih keras untuk lawan rintangan dalam air. Jadi, otot akan lebih cepat menjadi kuat dan fleksibiliti meningkat.
Berenang ni pulak aktiviti yang berimpak rendah. Keapungan air menghilangkan tekanan yang dilakukan oleh graviti pada otot. Jadi, risiko untuk tercedera lagi sikit kalau dibandingkan dengan aktiviti kat darat.
Koordinasi
Pergerakan berenang boleh tambahbaik koordinasi dua hala.
Koordinasi dua hala ni maksudnya keupayaan mengkoordinasikan kedua-dua belah badan pada masa yang sama dengan cara yang terkawal dan sistematik.
Pergerakan dua hala ni penting sebab dia dapat bantu dalam perkembangan sel dalam otak yang berfungsi untuk komunikasi, maklum balas dan modulasi dari satu bahagian otak ke bahagian lain (kiri-kanan).
Cegah Obesiti Kanak-Kanak
Air lebih padat daripada udara. Oleh sebab tu, kanak-kanak akan guna lebih banyak tenaga untuk berenang dan bergerak dalam air.
Bila banyak bergerak, kanak-kanak dapat kekalkan berat badan yang sihat. Berenang pun dapat bantu mereka yang nak turunkan berat badan.
Bantu Kanak-Kanak Tidur
Berenang ni gunakan banyak tenaga.
Jadi bila lepas berenang, kanak-kanak akan rasa letih dan mengantuk. Mereka akan cepat tidur pada waktu malam.
Senang cerita, kalau bagi anak berenang dari umur dorang kecik ni, boleh dapat banyak manfaat yang penting untuk mereka membesar nanti. Boleh la mula survey kelas renang yang dekat dengan rumah ya!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan