Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
5 Tips Awal untuk Ajar Anak Berenang
Nak anak mula berjinak-jinak dengan aktiviti renang? Ikut tips kat bawah ni:
1. Mulakan dalam tab mandi
Ini cara senang nak biasakan anak-anak dengan air. Teman anak masa dia dalam tab mandi tu untuk bagi dia rasa selamat dan seronok. Jangan biar dia sorang-sorang pulak, Untuk buat dia lagi terbiasa dengan air, cedok air pakai cawan dan tuang air perlahan-lahan kat atas rambut, biar air tu mengalir kat muka dia.
2. Periksa suhu air
Bayi tak dapat nak kawal suhu badan mereka macam kita, orang dewasa, jadi suhu kolam yang selesa diperlukan untuk pastikan suhu badan mereka tak terjejas. Kalau air kolam agak sejuk, boleh je nak bawak anak masuk kolam, tapi mungkin perlu keluar tiap 10 minit untuk panaskan badan. Jangan tunggu anak dah tukar ungu, baru nak bawak keluar dari kolam pulak.
3. Pilih posisi
Bila masuk dalam air, pilih posisi yang selesa untuk anda dengan anak anda. Contohnya, kita boleh pegang anak kita pada bahagian belakang, untuk sokong bahagian belakang kepala dan punggung dia. Takpun boleh pegang kat bawah ketiak dia, sama ada secara bersemuka atau anak pandang ke depan. Apa-apa pun, bila dalam kolam, boleh gerak perlahan-lahan dalam kolam biar anak ada rasa sensasi air pada tubuh dia.
4. Jadikan suasana seronok
Masa tengah ada dalam air tu, nyanyikan lagu atau main permainan untuk bagi anak terhibur. Bercakap atau bernyanyi dengan suara yang menenangkan, terutamanya kalau anak anda taknak ada dalam air. Sekurang-kurangnya kita tak stres kan dia dalam tu.
5. Ikut isyarat bayi
Sesetengah bayi ada yang terus selesa dengan air, tapi ada jugak yang teragak-agak. Yang penting, kena ikut reaksi bayi sendiri, dan jangan terus nak paksa dia cuba sebelum dia bersedia. Kalau anak mula menangis atau meragam, bawa dia keluar dulu untuk panaskan badan dan bagi dia rehat dulu.
Lepas dah ikut 5 tips ni, inshaAllah anak anda akan jadi excited bila nampak kolam renang!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan