Asyik Bersenam Separuh Jalan? 3 Tips Nak Konsisten Bersenam: Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Asyik Bersenam Separuh Jalan? 3 Tips Nak Konsisten Bersenam:

1. Mula dengan langkah kecil 


Tak apa kalau awal-awal tu buat senaman yang senang senang je. Asalkan kita mula. Mula je dulu. Bila dah dapat rentak tu, teruskan momentum. Jangan la baru nak mula bersenam, terus bercita-cita nak panjat Gunung Kinabalu. Macam tak logik kan bunyinya?


Jadi tak apa, biar perlahan-lahan. Slow and steady. 

Mungkin ada antara korang yang awal-awal dah set nak bersukan 30 minit tiap-tiap hari 5 kali seminggu. Naya Pak Karim.


Ni masa tengah berkobar-kobar memang la. Tapi masuk hari ketiga, terus tak sabar nak tunggu bila nak cukup 5 hari minggu tu. Kita kena ukur baju kat badan sendiri.

Jangan terus nak pecut macam orang yang dah biasa buat berapa tahun dah.


Lagi bagus kalau kita mula dengan target yang senang sikit untuk kita buat. Bila dah dapat capai target mudah tu, baru kita konfiden nak set target lagi power.


2. Reward diri


Tip #2 ni memang best. Sebab tiap kali kita dapat capai target kita tu, kita akan reward diri kita.


Bila buat macam ni, baru la rasa excited nak capai target kita.

Sebab kalau nak tunggu nampak hasil bersenam yang kita nak tu, contohnya kita bersenam sebab nak turunkan berat badan, mungkin ambik masa berapa minggu atau bulan nak capai target, kalau motivasi kita sebab nak turun berat je, boleh jadi kita give up tengah tengah  jalan. Jadi kita boleh la happy kan diri kita dengan bagi reward tiap kali capai target kecil.


Pilih benda yang kita suka atau kita teringin, boleh jadi benda simple je. Contoh macam tiap kali habis buat certain senaman ni, kita reward diri dengan tengok drama yang kita minat. Baru la excited nak bersenam. Kalau tak habiskan senaman, tak dapat nak tengok drama.


Senang je kan?


3. Pilih aktiviti yang menggembirakan


Bersenam ni ada banyak jenis. Kalau kita baru nak cuba berjinak-jinak bersenam ni, mungkin kita akan ikut-ikut kawan buat apa atau selebriti yang kita asyik follow buat apa ke. 


Boleh jadi bila kita buat apa yang orang lain buat, kita rasa macam tak berapa seronok. Kalau ada rasa macam ni, jangan risau. Mungkin senaman tu tak kena dengan kita. Jadi kita kena lebih flexible dalam nak pilih senaman jenis apa yang kita nak buat.


Bila dah jumpa yang kita rasa seronok nak buat tu, fokus pada senaman yang satu tu dulu. Kemudian baru la boleh cuba yang jenis lain pulak.


Yang penting, tak berhenti setengah jalan lagi sekali.

Selamat mencuba!








Ulasan

Catatan Popular