Bosan Riadah Sorang-Sorang? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Bosan Riadah Sorang-Sorang?

Nak keluarkan peluh tapi bosan kalau buat sorang-sorang? Lagi best kalau ada anak isteri riadah sama sama dengan kita kan?


Berita baiknya, kita boleh keluarkan peluh sambil spend masa dengan keluarga kita dengan aktiviti aktiviti kat bawah ni:


Idea untuk Riadah Kat Rumah Je dengan Keluarga

1. Kemas bilik tidur


Gerakkan otot-otot badan dengan bersihkan sarang dalam bilik anda. Sambil mengemas, sambil berborak, dapat keluarkan peluh jugak. Tak ke best tu? Bilik pun jadi bersih, ada masa berkualiti dengan anak isteri, bersenam pun dapat. 3 dalam 1. Bila bilik tidur pun bersih, kita tidur pun selesa.


 2. Kemas dapur rumah


Sama je macam kemas bilik tidur cumanya yang ni kita kemas tempat yang kita guna untuk masak dan makan. Selain boleh bersenam sambil mengemas, penting untuk pastikan dapur rumah kita bersih. Baru lah bila isteri masak tu, dia senyum je tengok dapur berkemas.


3. Cuci kereta


Aktiviti cuci kereta ni biasanya anak yang excited lebih. Masa ni la peluang nak main air macam kat Waterpark. Bezanya ni kat dalam kawasan rumah je. Free pulak tu. Ni yang mak ayah suka. Tapi kalau nak best sikit, boleh belikan anak anak “portable swimming pool” kat Tesco ke Giant ke, untuk anak anak bersenam sikit. 


4. Berkebun


Ni khas untuk yang ada halaman rumah lebih sikit, boleh la keluarkan peluh dengan bercucuk tanam. Boleh tanam bahan untuk masakan yang kita boleh guna macam cili, daun pucuk paku. Bila dah sampai masa, boleh kita buat masak, tak payah beli kat kedai.

Kesimpulannya, takde la rasa bosan dah bersenam sorang-sorang. Boleh terus ajak isteri dengan anak-anak buat aktiviti kat atas ni sama sama hujung minggu ni. Sambil riadah, sambil bergembira dengan keluarga gitu. 

Kalau dapat buat sekali seminggu pun okay dah.












Ulasan

Catatan Popular