Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Dah Bertahun Merokok dan Rasa Susah Nak Berhenti? Jom Check 5 Bahan Yang Ada Dalam Rokok
Dah berapa lama hisap rokok? Mesti dah banyak kali dengar akibat merokok sampai dah bosan kan? Tak apa, kali ni kita sembang lagi apa benda yang ada dalam rokok korang yang korang syok sangat hisap sampai susah nak berhenti tu.
Kandungan rokok dan kesannya:
1. Nikotin
Nikotin ni paling biasa kita dengar bahan yang ada dalam rokok. Secara amnya, nikotin ni akan meransangkan pengeluaran dopamin dalam otak. Dopamin ni hormon yang menyebabkan kita rasa gembira dan teruja.
Sama macam dadah, dopamin akan latih otak untuk terus ulang pengambilan nikotin. Jadi tiap kali hisap rokok, otak akan keluarkan hormon dopamin. Makin lama seseorang tu hisap rokok, makin susah dia nak berhenti.
Disebabkan nikotin jadi punca ketagihan, perokok yang nak berhenti akan alami fenomena sindrom sarak ataupun withdrawal symptoms. Jadi makin susah nak berhenti merokok sebab asyik teringat ingat best merokok ni.
Apa nikotin ni boleh buat kat badan kita?
Nikotin boleh rosakkan saluran darah, tingkatkan risiko penyempitan saluran darah,
penyebab senang pening kepala, gangguan sistem pencernaan dan punca ulser perut.
2. Tar
Tar ni ada macam-macam bahan kimia yang menyebabkan kanser. Sebanyak 60 bahan kimia yang dijumpai dalam tar adalah bersifat karsinogen iaitu punca kanser.
Bila seorang perokok hisap rokok, tar akan hasilkan permukaan yang melekit kat dinding dalaman paru-paru. Ni yang akan menyebabkan kanser dan penyakit kronik pernafasan. Tar juga jadi punca yang buat paru-paru jadi hitam.
Tar ni bukat penyebab penyakit paru-paru je, boleh jadi penyebab kanser mulut dengan boleh rosakkan gigi jugak!
3. Karbon monoksida
Karbon monoksida ni gas yang tak ada bau dengan warna. Gas ni jadi banyak dalam darah bila seseorang tu hisap rokok. Bila karbon monoksida ni masuk dalam saluran darah, oksigen akan bercantum dengan gas ni. Jadi oksigen tak boleh nak diserap ke dalam sel-sel tubuh. Dah satu hal pulak sel badan jadi tak cukup oksigen.
4. Benzena
Benzena boleh kurangkan sel darah merah dan rosakkan sum-sum tulang. Ni boleh jadi punca seorang perokok dapat penyakit anemia.
Anemia merupakan penyakit di mana sel darah merah kurang. Kekurangan sel darah merah akan menyebabkan kekurangan oksigen yang dihantar kepada sel.
5. Aseton
Aseton adalah cecair yang ada bau yang kuat dan senang terbakar. Aseton ni kita boleh jumpa pada pokok dan tumbuh-tumbuhan. Bukan pokok je, tubuh badan kita pun hasilkan aseton bila kita makan diet yang rendah lemak.
Kadar aseton yang sikit tak akan memudaratkan kesihatan tapi untuk perokok, dalam kadar sederhana, aseton boleh buat iritasi kat hidung, tekak, paru-paru dengan mata. Selain tu, aseton boleh buat kita jadi pening kepala, naikkan degupan jantung, loya dan muntah.
Dalam kadar tinggi pulak, aseton boleh menyebabkan koma. Untuk orang perempuan pulak, kitaran haid boleh jadi tak teratur. Aseton boleh sebabkan kulit pada dinding mulut rosak. Kalau kerosakkan kat dinding mulut ni selalu sangat jadi, ada kemungkinan untuk dapat kanser mulut.
Ni baru sembang 5 bahan yang ada dalam rokok, belum kita sembang semua bahan lain lagi, dah macam macam penyakit kita boleh kena kalau merokok.
So rasa rasa dah perlu berhenti ke tak?
Berhentilah sebelum terlambat, merokok ni bukan bawak mudarat kat diri kita je, orang sekeliling pun terkena sekali bila terdedah dengan asap rokok.
Boleh dapatkan bantuan dari pakar untuk mulakan plan nak berhenti merokok ya!
Rujukan:
1. My Health My Life - Berhenti Merokok
2. Medical News Today - Smoking
3. Very Well Mind - CO2 in Cigarette Smoke
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan