Faktor Dalaman yang Menyebabkan Stres Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Faktor Dalaman yang Menyebabkan Stres

Mungkin ada di antara kita yang tak tau sebenarnya punca stres ni ada dua jenis; satu yang berpunca dari dalaman dan satu lagi punca dari luaran. Kita selalu dengar punca-punca dari luar dan mungkin tak perasan punca yang jadi dari dalaman. Jadi untuk posting kali ni, kita nak fokus punca-punca stres dalaman yang jadi disebabkan tindak balas emosi yang tak terkawal.

  1. Kurang keyakinan diri


Bila kita sendiri rasa yang kita ni tak ada kebolehan, kita akan mula anggap kita ni kurang dari orang lain. Bila ada pemikiran macam ni, mula la rasa tak berani nak cuba buat sesuatu yang baru sebab takut tak jadi.

Bila nak ‘mula’ pun takut, macam mana nak berjaya?

Bila dah sampai satu peringkat usia, takut nak hadap alam dewasa sebab tak mampu nak bersaing pulak.

Akibatnya jadi stres.

Semua bermula dari rasa tak yakin diri tu je. Tapi kesan dia sangat besar untuk jangka masa panjang.


  1. Takut nak hadap perubahan


Orang yang ada rasa takut untuk hadap perubahan ni akan cuba elak dari situasi yang perlukan mereka untuk buat perubahan. Dalam dunia sekarang ni, semua perkara bergerak dengan pantas jadi kita perlu belajar untuk adaptasi ikut situasi. Kadang- kadang memang kena buat perubahan secara mendadak. Bila kita tak dapat nak adaptasi, kita pun rasa ketinggalan lepas tu mula la rasa stres sebab tak dapat nak ‘catch up’.


  1. Nilai yang berlainan


Nilai diri kita mungkin tak sama dengan nilai-nilai orang kat sekeliling kita. Takkan la semua orang akan sama sebijik dengan kita kan? Peralihan ke alam dewasa pun boleh ubah nilai diri kita juga. Dari cara kita berpakaian, cara kita bercakap; mungkin beza dari segi dialek ke ataupun bila kita cakap sesuatu tu, penyampaian kita tak kena dengan golongan yang kita tengah bersembang tu. Bila benda ni selalu sangat jadi, boleh buat kita rasa tak selesa dengan orang sekeliling dan boleh buat kita rasa terpinggir. Tak best la kan bila kena pinggir, menyumbang stres kat diri kita.


Penting untuk kita sedar faktor-faktor dalaman punca stres ni supaya kita tahu betapa pentingnya untuk kita belajar kawal emosi kita. Yang bagusnya, kita ada kuasa kalau nak ubah semua faktor-faktor dalaman ni dengan ubah mindset kita.








Ulasan

Catatan Popular