Penyakit Berkait Dengan Kebersihan Mulut Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Penyakit Berkait Dengan Kebersihan Mulut

 Malas gosok gigi bila keluar rumah sebab sekarang pakai mask bila keluar? Gosok gigi ni selain dari taknak nampak macam orang tak siap, ia jugak penting untuk kesihatan tubuh kita sebab banyak penyakit yang berkait dengan kebersihan mulut ya.





Antaranya:


  1. Endokarditis


Endokarditis ni bila bakteria dari mulut masuk aliran darah dan sampai kat jantung kita, lapisan dalam jantung atau injap boleh dijangkiti.

Benda ni boleh jadi terutama kat mereka yang ada kecacatan jantung kongenital atau injap jantung rosak.


  1. Penyakit kardiovaskular


Bakteria kat mulut sebenarnya boleh sebabkan penyakit jantung, strok, dan penyumbatan arteri. Contohnya bila bakteria dari gusi menjangkiti aliran darah, plak boleh terbentuk kat arteri dan mengeras.

Keadaani ni yang boleh buat jantung tersumbat dan ada masalah aliran darah.

Kalau benda ni jadi, boleh tingkatkan risiko untuk terkena serangan jantung, darah tinggi, dan juga strok.


  1. Pneumonia


Bila bakteria dari mulut masuk ke bahagian paru-paru, akan berlaku penyakit radang paru-paru dan penyakit pernafasan lain.

Antara penyakit pernafasan lain yang berisiko untuk jadi macam bronkitis akut, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), dan penyakit paru-paru radang kronik yang boleh menghalang aliran udara dari paru-paru.


Oleh itu, pastikan kita jaga betul-betul kebersihan mulut dan gigi untuk elakkan risiko penyakit-penyakit kat atas ni.











Ulasan

Catatan Popular