Risiko dalam Bahan Makanan? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Risiko dalam Bahan Makanan?

Ya, betul. Memang ada risiko dalam setiap bahan makanan yang kita makan tiap-tiap hari. Sebab tu kita kena tau risiko apa yang ada dalam jenis-jenis makanan yang kita ambik.


Benda ni ada kaitan dengan kualti makanan yang kita makan tu.

Kalau tak kena caranya, nanti boleh jadi bahaya sebab apa-apa yang kita makan ni, semua boleh bagi kesan kat diri kita; boleh jadi kesan baik dengan kesan tak baik.



  1. Nasi

           
            

            

Boleh ada bakteria bahaya, nama dia; Bacillus cereus, yang tak boleh nak dimatikan dengan suhu panas.


Baki nasi kena sejukkan cepat-cepat pastu simpan dalam peti sejuk. Kalau taknak sejuk, kena selalu simpan dalam keadaan panas lebih kurang 60°C ke atas.


  1. Ayam dan Itik


Bakteria macam Salmonella dengan Campylobacter memang ada dalam ayam dengan itik yang mentah.


Kena basuh tangan dengan sabun lepas tiap kali pegang ayam takpun sebelum nak pegang makanan lain pulak. Pastu nasihat macam biasa, kena masak ayam sampai betul-betul masak. Jangan nak raw-raw.


  1. Cangkerang

    
            


Kalau ada kulit yang rosak atau dah terbukak sebelum nak masak, maksudnya tak selamat dah nak makan yang tu.


Kalau dah tak selamat nak makan tu, baik buang je supaya tak sakit perut nanti. Cangkerang yang masih tertutup bila dah masak pun tak elok jugak dan boleh la kita buang.


  1. Telur


Kulit telur boleh ada bakteria Salmonella yang ada dalam ayam dengan itik.


Jadi jangan la guna telur yang dah expired. Pastu kena selalu cuci tangan lepas kendalikan telur.


Tiap kali nak masak apa-apa, ambik tau dulu jenis-jenis risiko yang ada dalam bahan yang kita nak guna tu dan pastikan tau cara nak handle bahan makanan tu macam mana supaya kita boleh kurangkan risiko. Nak makan biarlah makanan yang berkualiti supaya kita tak mudaratkan badan kita.


Sumber: National Environment Agency







Ulasan

Catatan Popular