3 Akibat Bilas Tangan Selama 1 Minit Je! Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

3 Akibat Bilas Tangan Selama 1 Minit Je!

Ada orang yang malas basuh tangan sebelum makan, kalau basuh pun berapa saat je. Padahal ada macam-macam jenis kuman yang mungkin ada kat tangan kita masa tu yang boleh bahayakan kesihatan kita.



Sebab kenapa tak boleh malas basuh tangan:


  1. Cegah Bakteria ke Dalam Tubuh

Tangan dah pegang sini sana ni kalau tak dicuci, bakteria yang ada kat tangan tu boleh masuk pada mata lepastu jadi infection. Bila dah masuk dalam mata boleh buat mata jadi merah dan berair.


  1. Mencegah Covid-19

Virus corona ni senang jangkit dari manusia ke manusia. Salah satu cara yang kita boleh buat untuk kurangkan risiko terkena Covid-10 ni dengan rajin rajin cuci tangan, baik sebelum makan, ataupun lepas habis makan.


  1. Mencegah Penyebaran Kuman Kepada Orang Lain

Mencuci tangan juga bermanfaat untuk mencegah penularan kepada orang lain. Tak kisah la sama ada virus Covid atau virus virus lain. Terutamanya masa kita batuk atau flu yang menyebabkan virus atau bakteria ada pada tangan.


Tak ambik masa lama pun cuci tangan ni. Ambik la masa sekejap je dan kita boleh elakkan banyak keburukkan dari tak basuh tangan ni.








Ulasan

Catatan Popular