Senaman Yang Baik Untuk Kesihatan Jantung! Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Senaman Yang Baik Untuk Kesihatan Jantung!

 Nak tau senaman apa yang memang khas untuk kuatkan jantung? Kalau konsisten bersenam selama 30 minit setiap hari, pun dah okay.


Lagi lagi zaman sekarang ni, ramai yang kerja kena duduk sepanjang hari tak gerak-gerak. Bergerak sekali sekala je. Tu pun bila nak keluar waktu lunch dengan masa dah nak balik.


Tapi tau tak, kalau kita duduk lama sangat, boleh mudaratkan kesihatan kita?

Dah la masa kerja memang asyik duduk je, lepastu tak bersenam langsung. Benda ni tak elok untuk kesihatan jantung kita.




3 Senaman Yang Baik Untuk Kesihatan Jantung:


1. Senaman aerobik

Senaman aerobik digalakkan untuk mereka yang nak jantung yang lebih sihat sebab senam aerobik ni dapat turunkan tekanan darah dengan boleh perbaiki pengaliran darah kita.


Selain tu jugak, senaman ni dapat kurangkan risiko diabetes jenis 2 dan bantu kawal kadar gula dalam darah.


Lagi elok kalau kita dapat buat sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu. Kita boleh cuba berjoging, main basikal dengan lompat tali.


2. Senaman kekuatan

Siapa yang buncit lagi senang untuk kena penyakit jantung! Ha jadi kita kena bersenam untuk kurangkan semua lemak dalam badan. Apa yang kita boleh buat, kita boleh cuba buat senaman kekuatan untuk tambah otot.


Ni lah masanya untuk angkat semua dumbbell yang tersadai kat rumah kita! Awal awal ni, cuba buat senaman kekuatan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Kalau tak ada dumbbell kat rumah, takpe. Kita boleh buat push up, squat dan chin up.


3. Senaman regangan, fleksibiliti dan keseimbangan




Senaman fleksibiliti macam regangan bukan la ada kebaikan secara langsung untuk jantung kita tapi senaman jenis ni dapat bagi kekuatan kat kawasan sendi. Jadi bila sendi kita kuat, kita takde masalah nak buat senam aerobik dengan senaman kekuatan yang terbukti baik untuk jantung.

Senaman regangan dan fleksibiliti macam yoga dan Tai Chi boleh kita buat tiap hari. 


Kesimpulannya, senaman dapat kuatkan otot yang ada kat bahagian jantung kita dan buat jantung kita boleh berfungsi dengan lebih efisien. Jadi, jommm kita bersenam!







Ulasan

Catatan Popular