Stres Ada Kaitan dengan Penyakit Lain? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Stres Ada Kaitan dengan Penyakit Lain?

Stres ni bukan je boleh buat kita sakit kepala tapi untuk jangka masa panjang, stres boleh menyumbang kepada banyak lagi penyakit-penyakit lain.


  1. Sakit jantung dan angin ahmar




Stress boleh menambahkan asid lemak (fatty acids) dalam darah kita, pastu bahan-bahan ni akhirnya akan bertukar jadi lemak asli dan kolesterol yang akan tutup saluran pembuluh darah. 


Stress juga boleh tinggikan tekanan darah dan mudahkan proses pembekuan darah!               Semua ini boleh sebabkan serangan sakit jantung dengan angin ahmar. Risau kan?


  1. Kencing manis. 

Bila tertekan sebab tengah stress, kadar gula dalam darah boleh bertambah. Bila gula dah tinggi, boleh kena kencing manis la ceritanya. Takpun boleh terukkan lagi keadaan orang yang memang dah ada kencing manis asalnya.


  1. Gastrik dan ulser. 




Penyakit-penyakit yang berkait dengan sistem penghadaman macam gastrik dengan ulser ni pun senang jadi bila kita stress disebabkan ada peningkatan pengeluaran asid bila tengah stress tu.


  1. Infeksi atau jangkitan kuman. 

Tekanan atau stress juga akan buat pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’ macam ‘epinephrine’ dengann ‘norepinephrine’ ke dalam darah kita. Bahan-bahan ni boleh lemahkan sistem pertahanan badan. Bila sistem dah tak okay,senang la kuman-kuman nak serang dan buat kita sakit.


  1. Asthma. 

Masa tengah stress, pesakit yang memang ada lelah lagi senang nak kena serang Asthma sebab sistem pertahanan badan tengah menurun masa tu. Benda ni memudahkan reaksi-reaksi tertentu untuk jadi dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah.


Kajian menunjukkan ada kena mengena antara stress dengan penyakit-penyakit tadi, jadi tak berbaloi untuk kita stres lama-lama.

Jaga kesihatan dan jaga minda kita.


Rujukan 1. The Effects of Stress on Your Body, WebMD 1








Ulasan

Catatan Popular