Suka Extreme Diet? Ketahui 4 Kesan Negatif Jika Amalkan Diet Melampau! Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Suka Extreme Diet? Ketahui 4 Kesan Negatif Jika Amalkan Diet Melampau!

Ramai yang nak jalan mudah untuk kurangkan berat badan, ada yang ikat perut taknak makan sebab nak kurus cepat.

Pakar Nutrisi dan Fisiologi Senaman, Dee Dee Mahmood ada kongsi yang amalan diet keterlaluan ni hanya akan bagi mudarat kat badan kita.

Bukan cara yang betul kalau kita melebih-lebih sekat pengambilan makanan atau ambik dengan jumlah sikit je sehari.

Contohnya, kalau kita ambik protein je takde kumpulan makanan lain macam karbohidrat. Kita kena tau, untuk wanita kena ambik dalam jumlah 1,500 sampai 1,800 kalori sehari. Kalau lelaki pulak, dalam 1,800 sampai 2,400 kalori sehari.

Bila buat macam ni, banyak kesan tak elok untuk badan kita. Antaranya:

  1. Ganggu daya ketahanan badan terhadap penyakit

 

Bila kurang nutrisi la kiranya, senang kita nak dapat penyakit macam selesema, batuk, demam. Lagi bahaya untuk orang yang memang ada masalah kesihatan kronik, ada tekanan darah tinggi, ada diabetes. Benda ni akan susahkan lagi keadaan penyakit tu.

 

  1. Jejas tenaga dan daya tumpuan

Sepatutnya, kita kalau nak turunkan berat badan ni sebab target nak jadi lebih bertenaga. Tapi kalau dah amalkan diet yang tak betul, benda yang patut ambik tapi kita tak ambik, boleh buat kita jadi tak energetik la kan. Macam orang yang tengah puasa tapi tak sahur.

  1. Jejas kadar air dan jisim otot

Bila hilang jisim otot, pembakaran tenaga pun jadi rendah. Lepastu lemahkan proses metabolisme badan kita.

Memang boleh turunkan berat badan dengan diet extreme ni, tapi mungkin berat kita cuma boleh turun masa awal awal minggu je. Lepastu boleh naik gila gila bila mula makan macam biasa.

  1. Jejas keanjalan kulit tubuh

Kulit berlebihan lepas dah turun berat badan tu akan nampak menggeleber kalau kita cuma diet tapi tak bersenam. Kalau taknak badan kurus tapi kulit macam tu, bersenam la sekali. Bukan harapkan diet je. Ni diet pun tak betul, bersenam pun tak, macam mana nak sihat? 

Penurunan berat badan yang sihat lebih kurang dalam setengah sampai satu kilo je seminggu. Kalau extreme mungkin boleh turun lebih dari ni, tapi untuk jangka panjang, banyak mudaratnya.








Ulasan

Catatan Popular