Tak Pernah Bersenam? Ni 4 Penyakit Yang Boleh Terjadi Akibat Kurang Senaman! Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Tak Pernah Bersenam? Ni 4 Penyakit Yang Boleh Terjadi Akibat Kurang Senaman!

 Gaya hidup tak aktif boleh undang penyakit kronik, masa muda muda taknak bersenam sebab nak ‘berehat; lepas penat kerja tiap hari. Hujung minggu nak rilek dengan anak-anak, tak mau bersenam.

Rehat rehat jugak, tapi nak ke dapat penyakit sebab banyak sangat rehat?

Ni antara penyakit kronik yang kita mungkin boleh dapat kalau kita terus amalkan hidup tak aktif:


1. Obesiti


Ni masalah utama. Semua tau kalau tak jaga makan lepastu tak bersenam, boleh ada masalah obesiti. Obesiti ni jadi bila kalori yang kita ambik dari pemakanan tu lagi banyak dari kalori yang kita bakar balik dengan buat aktiviti fizikal.


2. Penyakit jantung


Punca biasa penyakit jantung ni disebabkan oleh arteri koronari yang kerja dia bekalkan darah ke jantung kita tu sempit atau tersumbat.

Senaman berkala dapat bagi manfaat kesihatan secara keseluruhan termasuk jantung.


3. Tinggi kolesterol


Kolesterol ni sejenis lemak dalam badan yang ada kebaikan dan keburukan tersendiri.

Badan kita memang perlu sedikit kolesterol untuk hasilkan hormon, vitamin D dan untuk bantu cernakan makanan.



Tapi akan jadi lain kalau ada kolesterol dalam darah. Kalau benda ni jadi, dia boleh membentuk plak yang melekat kat dinding arteri dan seterusnya boleh buat terjadinya penyakit arteri koronari.


4. Angin ahmar


Angin ahmar berlaku bila ada penyempitan salur darah ke bahagian otak dan salur darah pecah.


Untuk mereka yang tak mengamalkan senaman, darah hanya berjalan pada salur darah kecil dan bukan salur darah besar untuk dapatkan fungsi menyeluruh pada badan.

Senaman dapat lancarkan peredaran darah ke seluruh badan.


Belum terlambat untuk mula bersenam, jom mula hari ni!











Ulasan

Catatan Popular