Tanda-tanda Kanak-kanak Kurang Nutrisi Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Tanda-tanda Kanak-kanak Kurang Nutrisi

Kajian dari Nutrisi Kanak-kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia) menunjukkan satu daripada tiga keluarga Malaysia ni kurang nutrisi penting terutamanya vitamin C, zat besi dan kalsium.



Kita boleh nampak dari statistik ni yang ramai kanak-kanak kat Malaysia ni kurang nutrisi. 


Pemakanan seimbang ni sangat la penting untuk kanak-kanak sebab dia boleh kekalkan kesihatan mental dengan kesihatan fizikal dan jadi faktor utama untuk perkembangan tubuh badan kanak-kanak.


Sebagai mak ayah, kita kena sedar yang benda ni jadi tanggungjawab kita untuk bagi makanan seimbang kat anak-anak supaya dorang boleh membesar dengan baik.


Macam mana nak tau anak-anak kita dah cukup nutrisi ke tak?

Boleh baca tanda-tanda kat bawah:


Tanda-tanda kanak-kanak yang kurang nutrisi:





  1. Berat badan tak bertambah ikut skala tumbesaran


Kalau buat check up kat klinik, kita boleh dapat tau anak kita ni saiz badan dia seiring tak dengan umur. Kalau tengok dari segi berat, tinggi dengan ukuran lilitan kepala tu lari dari standard kanak-kanak sebaya dia, kemungkinan ada nutrisi yang anak kita tak dapat.


  1. Tak capai piawaian perkembangan otot ikut umur


Macam contoh, bila dah masuk umur 9 bulan, baby patutnya dah boleh duduk dengan sendiri dan stabil tapi kalau tak cukup nutrisi ni ada kemungkinan tak boleh nak duduk sendiri lagi.


  1. Nampak pucat, kerap sakit dan degupan jantung lebih laju

Bila tak cukup zat, kanak-kanak boleh jadi lagi senang sakit sebab sistem imun dorang tak berapa okay. Dorang tak dapat khasiat yang memang patutnya mereka dapat dari pemakanan yang sihat.


Sebagai mak ayah, kita kena usaha bagi yang terbaik untuk anak-anak kita. Termasuk la dari segi pemakanan. Penting bagi pemakanan seimbang kat anak-anak kita. Itu hak mereka untuk dapat yang terbaik supaya dapat membesar dengan baik. Jangan jadi mak ayah yang tak ambik tau tentang kesihatan anak-anak. Jadi, kalau nampak tanda-tanda ni kat anak, check semula pemakanan mereka ya.


Sumber: Dr Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Pediatrik Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda










Ulasan

Catatan Popular