4 Mitos Kesihatan Jantung, Mana Satu Yang Anda Percaya? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

4 Mitos Kesihatan Jantung, Mana Satu Yang Anda Percaya?

Sudah menjadi kebiasaan kalau kita nak cari apa-apa info, kita akan terus Google je untuk dapat jawapan.


Tapi bukan semua yang kita baca kat Internet tu betul. Baca boleh, percaya jangan.

Lagi bahaya kalau isu berkenaan kesihatan.


Contohnya, tentang kesihatan jantung. Banyak info yang salah berkenaan serangan jantung yang selalu kita tengok di media massa. Contohnya, ramai yang ingat serangan jantung ni sama macam apa yang kita nampak kat TV.


Kat TV selalu tunjuk bila kena serangan jantung ni, orang tu akan genggam dada masing-masing sebelum jatuh dan pengsan. Hakikatnya tidak begitu!


Sebenarnya, serangan jantung boleh berlaku secara senyap tanpa sebarang simptom yang jelas.


Jantung manusia merupakan organ yang sangat penting. Sebab itulah, kita perlu jaga jantung kita sehabis baik.



Oleh sebab itu, kita kena tengok Mitos-mitos mengenai sakit jantung dan realiti di sebaliknya:


Mitos 1: Sakit jantung lelaki dengan perempuan, sama sahaja

Sebenarnya, simptom serangan jantung berbeza mengikut jantina!


Kaum wanita lebih kerap mengalami simptom yang di luar kebiasaan seperti sesak nafas, tekanan pada kawasan belakang badan dan sakit kepala.


Menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Circulation, sebulan sebelum mengalami serangan jantung, wanita akan rasa letih yang luar biasa.


Malah, 50% daripada mereka rasa letih badan, sukar untuk tidur dan sesak nafas. Tambah lagi, 43% daripada wanita yang mengalami serangan jantung tidak mengalami sakit dada!


Sebab itulah, ramai wanita yang tidak sempat mendapatkan rawatan untuk serangan jantung kerana mereka anggap simptom yang mereka alami cumalah sakit dada biasa ataupun pedih ulu hati.


Mitos 2: Orang muda tidak berisiko sakit jantung

Dulu, sakit jantung selalunya menyerang lelaki yang berusia 50 tahun ke atas. Beza dengan zaman sekarang. Kini, orang yang berumur 20, 30 dan 40 tahun juga boleh mengalami sakit jantung.


Menurut Dr. Luke Laffin dari Cleaveland Clinic, ada beberapa faktor yang menyebabkan peningkatan penyakit jantung dalam kalangan orang dewasa.


Salah satunya ialah penyakit diabetes jenis 2 yang didapati lebih lazim dalam kalangan orang dewasa pada zaman sekarang.


Menurut beliau lagi, terlalu banyak makan namun kurang bersenam merupakan punca utama peningkatan penyakit jantung dalam kalangan orang dewasa.


Malah, kerja zaman sekarang juga bersifat lebih sedentari (banyak duduk) jika dibandingkan dengan dahulu. Semua faktor ini membuatkan lebih ramai orang muda yang menghidap sakit jantung berbanding sedekad lalu.


Mitos 3: Jangan bersenam kalau ada sakit jantung

Walaupun selepas kena serangan jantung, pesakit digalakkan untuk melakukan senaman ringan dalam tempoh rehabilitasi untuk mengelakkan serangan jantung kali kedua.


Tapi sebarang senaman perlulah dilakukan di bawah pemantauan doktor.


Pesakit jantung boleh cuba buat 10 minit senaman setiap hari dan cuba tingkatkan masa senaman sedikit demi sedikit.


Mitos 4: Sekali kena sakit jantung, tidak ada peluang sembuh

Belum terlambat untuk pesakit jantung buat perubahan dari segi gaya hidup untuk mengelakkan serangan jantung dan untuk kawal faktor risiko.


Amalan seperti bersenam, makan makanan yang sihat, elakkan makanan yang diproses, jangan merokok dan sebagainya dapat membantu anda mengelakkan serangan jantung pada masa hadapan.


Malah, ramai pesakit yang dapat kembali menjalani kehidupan yang normal selepas mengalami sakit jantung.


Apa-apa pun, semua ini bergantung kepada kesanggupan pesakit untuk buat perubahan dalam kehidupan masing-masing.


Jadi dalam banyak-banyak mitos tadi, yang mana satu yang anda percaya?


Sekarang dah tau fakta sebenar, jadi apa yang penting, elakkan penggunaan produk tembakau, diet yang tidak sihat, pengambilan alkohol yang keterlaluan dan juga kadar kolesterol yang tinggi.


Pastikan juga ambil masa bersenam sekurang-kurangya 20 minit setiap hari untuk mengelakkan sebarang bahaya kepada jantung anda.


Sumber:

  1. Cleveland Clinic: Why Are Heart Attacks on the Rise in Young People? 1

  1. Mayo Clinic: Silent heart attack: What are the risks? 2








Ulasan

Catatan Popular