7 Jenis Makanan Yang Boleh Kawal Gula dan Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis! Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

7 Jenis Makanan Yang Boleh Kawal Gula dan Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis!

Tengah cari makanan yang sesuai untuk penghidap kencing manis?


Anda berada di tempat yang betul! Kerana untuk  artikel kali ini, kami akan kongsikan makanan diabetes-friendly yang terbaik & sesuai untuk penghidap kencing manis!


Jenis makanan untuk pesakit diabetes:

Senarai makanan di bawah ini bukan sahaja memberikan nutrien tetapi juga mempunyai glycemic index (GI) yang rendah yang dapat membantu menguruskan tahap kandungan gula dalam darah.


1. Kekacang


Kebanyakan kekacang adalah berkhasiat dan menyediakan kandungan fiber, karbohidrat kompleks serta protein yang agak banyak. Selain itu, kekacang adalah sumber terbaik magnesium dan potassium.


Mengikut satu kajian yang diterbitkan di dalam JAMA Network, kekacang boleh merendahkan tahap glycemic dalam darah untuk penghidap diabetes tahap 2.


2. Sayuran tidak berkanji


Sayuran tidak berkanji ni macam mana?


Sayuran yang berwarna hijau gelap, sayuran berdaun & lada semua dikira sayuran tidak berkanji. Sayuran jenis ini mengandungi kandungan karbohidrat yang rendah.


Hidangan yang ada sayuran tidak berkanji membantu kita ketika lapar, memberikan kandungan fiber yang tinggi & meningkatkan pengambilan vitamin, mineral serta phytochemicals.


Bukan tu je, sayur jenis ni juga membantu mengurangkan berat badan dan menstabilkan kadar gula dalam darah. Sebab itu, ia antara makanan yang boleh dimakan dengan kuantiti yang banyak oleh penghidap diabetes.


3. Buah-buahan sitrus

Buah -buahan sitrus seperti tangerin, oren, graperuits, lemon & limau memberikan sumber fiber yang baik.


Untuk pengambilan fiber yang maksimum, disarankan untuk makan keseluruhan kandungan buah berbanding menjadikannya dalam bentuk jus.


Kajian turut menyatakan bahawa buah-buahan sitrus mampu mengurangkan risiko untuk menghidap diabetes.


4. Beri


Beri seperti strawberi dan beri biru memberikan sumber yang baik untuk gula semula jadi.


Sedikit hidangan beri setiap hari mampu memberi kelegaan kepada sesiapa yang meminati makanan yang manis dan meningkatkan pengambilan fiber.


5. Tomato


Tak kira nak makan mentah-mentah ke, dipurikan atau dimasak, kita tetap boleh dapat vitamin A, C, E & zat besi yang ada dalam tomato!


Tomato boleh membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser, khususnya kanser prostat dan penyakit jantung.


6. Bijirin penuh

Bijirin penuh adalah makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi & pada masa sama memiliki kandungan karbohidrat yang rendah!


Jadi kalau berhajat untuk kurangkan pengambilan karbohidrat, bijirin penuh adalah pilihan yang terbaik.


Sesetengah bijirin penuh juga mengandungi nutrien yang sangat baik seperti magnesium, chromium, potassium & folate.


7. Produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak


Macam kita semua tahu, produk tenusu memberikan vitamin D & kalsium yang membantu menguatkan gigi serta tulang.


Bukan tu sahaja, ada kajian menunjukkan bahawa produk tenusu boleh mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes tahap 2 dengan 9%. Tetapi untuk penghidap diabetes, anda dicadangkan untuk mengambil susu skim dan yogurt.


Jadi dah tau jenis makanan apa yang sesuai untuk sakit kencing manis kan? Boleh pergi cari dan amalkan pemakanan yang ‘kena” dengan keperluan badan anda!


Sumber:

  1. David J. A. Jenkins, MD, PhD; Cyril W. C. Kendall, PhD; Livia S. A. Augustin, PhD; et al. Effect of Legumes as Part of a Low Glycemic Index Diet on Glycemic Control and Cardiovascular Risk Factors in Type 2 Diabetes Mellitus: A Randomized Controlled Trial. The JAMA network 2012.

  2. Bazzano LA, Li TY, Joshipura KJ, Hu FB. Intake of fruit, vegetables, and fruit juices and risk of diabetes in women.Diabetes Care. 2008 Jul;31(7):1311-7.

  3. Choi HK, Willett WC, Stampfer MJ, Rimm E, Hu FB. Dairy consumption and risk of type 2 diabetes mellitus in men: a prospective study. Arch Intern Med. 2005 May 9;165(9):997-1003.










Ulasan

Catatan Popular