Betul Ke Durian Boleh Naikkan Tekanan Darah Tinggi? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Betul Ke Durian Boleh Naikkan Tekanan Darah Tinggi?



Sekarang kan dah masuk musim durian semula, mesti ramai yang dah terbeli berkilo-kilo ‘raja buah’ ni lepas tu susah nak berhenti makan.


Dengan bau yang menyengat, tekstur lembut, rasa lemak berkrim, lepas tu warna kekuningan pulak tu dah tentu buat semua orang susah nak tolak ajakan pesta durian.


Biasanya kita dengar yang durian ni dianggap “panas” sebab dapat naikkan suhu badan dan tekanan darah.


Sebenarnya, durian boleh jadi sebahagian daripada Pendekatan Diet Untuk Menghentikan Hipertensi (DASH). DASH merupakan pola makan yang dicipta untuk turunkan tekanan darah tinggi! Ha ni mengikut Garis Panduan Pemakanan 2010 dari Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat tau.


Tapi kena kenalah dengan cara pengambilan dia. Kalau ikut pola pemakanan ni, kita kena ambil empat hingga lima hidangan buah sehari dalam diet 2,000 kalori, dan setengah cawan durian segar sebagai hidangan.


Tapi apa kena mengena durian dengan hipertensi?

  1. Natrium


Durian cuma ada 5 mg natrium per cawan, dan dengan mengurangkan pengambilan natrium, ia boleh menurunkan tekanan darah kita. Untuk orang yang ada tekanan darah tinggi, tak boleh ambil lebih dari 1500 mg natrium sehari.


Jadi untuk turunkan pengambilan natrium, kita boleh banyakkan makan buah-buahan segar, sayuran dan kekacang serta perlu hadkan penggunaan garam.


  1. Kalium


Satu manfaat penting buah durian untuk tekanan darah ialah ia sangat tinggi dalam kalium, dengan 1059 mg per cawan.


Diet tinggi kalium ni dapat menyokong tekanan darah yang sihat, dan orang dewasa yang sihat perlu mendapat sekurang-kurangnya 4,700 mg sehari. 


So boleh je la orang ada darah tinggi ni makan durian?





Nanti dulu.. memang durian ada kandungan natrium yang rendah dan ada kandungan kalium yang tinggi, tapi pesakit dengan hipertensi ni selalunya ada komplikasi dengan penyakit jantung. 


Dan berita tak baiknya, kandungan alkohol dalam buah durian boleh naikkan tekanan darah pesakit hipertensi.


Bila tekanan darah naik, ada risiko untuk dapat penyakit jantung secara tiba-tiba.

Jadi sebab itu la durian ni kurang sesuai untuk pesakit darah tinggi.


Jadi jawapan untuk persoalan boleh ke tak pesakit darah tinggi makan durian ni:


Bukan tak boleh makan langsung, tapi tak boleh nak melantak macam orang yang tekanan darah dia terkawal.


Apa-apa pun bersederhana dalam pengambilan makanan kita adalah langkah yang baik!


Sumber: 

  1. Healthxchange.SG ​​​Durians: 8 Myths and Facts About the King of Fruits 1

  1. Effects of Durian Fruit on Blood Pressure of Spontaneously Hypertensive Rats 2

  1. Mayo Clinic: Alcohol: Does it affect blood pressure? 3



Nak turunkan bacaan darah tinggi? Dapatkan Sacha Inchi Oil Go Nature yang telah dinobatkan sebagai SUPERFOOD
oleh badan kesihatan dunia kerana khasiat yang terdapat di dalamnya termasuk lah membantu dalam menstabilkan tekanan
darah pengguna.





Ulasan

Catatan Popular