Tak Dapat Berdiri Lama Sebab Sakit Lutut? Jangan Biarkan! Jom Check Punca Sakit Lutut Kronik dan Cara Kurangkan Ia Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Tak Dapat Berdiri Lama Sebab Sakit Lutut? Jangan Biarkan! Jom Check Punca Sakit Lutut Kronik dan Cara Kurangkan Ia



Sakit lutut selalu buat kita terganggu untuk buat aktiviti harian. Bila dah pernah rasa azabnya sakit sendi lutut, baru kita sedar betapa pentingnya kesihatan sendi lutut ni.


Lagi-lagi kalau dah sampai tahap sakit lutut kronik; lutut jadi sensitif & bengkak, boleh nangis dibuatnya.


Jadi apa yang menjadi punca sakit lutut kronik ni?


Berbeza dengan sakit lutut akut yang berlaku dalam tempoh yang singkat, sakit lutut kronik ni berkekalan sampai berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.


Sakit lutut akut biasanya disebabkan oleh trauma atau kemalangan pada lutut, tapi sakit lutut kronik tak semestinya disebabkan oleh kemalangan. Boleh jadi juga disebabkan oleh lebih daripada satu punca seperti:


  1. Osteoartritis

Radang pada sendi menyebabkan rasa sakit serta kehancuran sendi disebabkan oleh degenerasi dan pengurangan pada fungsi sendi.

  1. Tendinitis

Sakit di bahagian hadapan lutut disebabkan radang tendon. Sakit boleh jadi lebih teruk semasa memanjat, menaiki tangga atau melalui jalan yang curam.

  1. Bursitis

Radang bursa, iaitu sejenis kancung berisi cecair terletak pada sendi untuk membantu pergerakan sendi. Ia disebabkan oleh penggunaan sendi secara berlebihan.

  1. Gout

Kebiasaannya berlaku pada sendi ibu jari kaki, tetapi dalam sesetengah kes, ia boleh melibatkan lutut.

  1. Artritis reumatoid

Penyakit autoimun yang menyerang pelbagai sendi pada tubuh serta bahagian lain termasuk mata dan paru-paru.

  1. Sista Baker

Pengumpulan cecair sendi di bahagian belakang lutut.

  1. Ligamen koyak

Lutut dikelilingi oleh beberapa ligamen. Jika ligamen ini koyak, ia boleh menyebabkan rasa sakit. Anterior Cruciate Ligament (ACL) adalah yang paling kerap mengalami kecederaan.

  1. Meniscus koyak

Meniscus ialah struktur yang terletak di antara tulang di dalam sendi.

  1. Ketumbuhan tulang

Osteosarkoma adalah yang paling kerap berlaku.


Bunyi macam serius kan? Selain punca-punca ni, ada juga faktor lain yang boleh meningkatkan risiko untuk alami sakit lutut kronik iaitu:


  1. Berat badan berlebihan



Berat badan yang berlebihan memberikan tekanan yang besar ke atas sendi lutut. Obesiti juga meningkatkan risiko menghidap osteoartritis kerana tulang rawan rosak dengan lebih cepat.


  1. Penggunaan berlebihan dan pergerakan yang berulang-ulang

Sesetengah senaman contoh macam joging atau pekerjaan yang memerlukan seseorang untuk melutut dalam tempoh yang lama mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada tulang rawan sehingga melahirkan rasa sakit.


Jadi masih ada cara-cara yang boleh dicuba untuk mengurangkan kecederaan dan kerosakan pada sendi dengan:


  1. Turunkan berat badan

Mengurangkan beban ke atas lutut adalah sangat penting, terutamanya untuk mencegah osteoartritis.


  1. Bersenam dengan cara yang betul



Pastikan teknik dan pergerakan betul. Dapatkan maklumat daripada profesional.


  1. Gantikan kasut jika sudah rosak

Nampak macam remeh tapi sebenarnya penting untuk pastikan kasut yang kita pakai mampu menyokong dan menyerap tekanan pada lutut.


  1. Panaskan badan sebelum mula bersenam


Tapi sekiranya sakit lutut masih tak hilang selepas dah rehat beberapa hari, dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan daripada profesional untuk pemeriksaan lanjut.


Sumber:

  1. Healthline Chronic Knee Pain 1








Ulasan

Catatan Popular