Tidur Lepas Makan Buat Perut Jadi Buncit? Mitos atau Fakta? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Tidur Lepas Makan Buat Perut Jadi Buncit? Mitos atau Fakta?

Kalau sebut pasal perut buncit, mesti ramai orang, tak kira lelaki ke perempuan yang nak elakkannya. Sebab tu wujud banyak mitos pasal punca perut buncit ni.



Jom check 3 mitos yang selalu kita dengar:


3 mitos punca perut buncit


1. Buncit sebab tidur lepas makan!


Kita biasa dengar kalau siapa yang terus tidur lepas makan, perut akan jadi buncit.

Kebanyakan orang jadi takut nak tidur lepas makan sebab taknak berat badan naik.


Tapi sebenarnya statement kenaikan berat akibat makan selepas tidur ni tak tepat.

Proses kenaikan atau penurunan berat badan tak bergantung kepada jarak kita makan dan tidur.


Sebaliknya kita boleh jadi gemuk bergantung kepada kadar pengambilan kalori sepanjang hari. Kalau kalori masuk lagi banyak berbanding kalori yang keluar, maka kecenderungan untuk naik berat badan tu tinggi lah.


2. Buncit sebab mandi lepas makan


Pernah tak kena tegur tak boleh mandi terus lepas habis makan kalau tak nanti perut buncit? Kita dengar pun rasa macam mengarut. Kononnya bila mandi nanti suhu badan akan turun. Jadi proses pencernaan makanan terganggu sebab tu boleh mengakibatkan perut buncit.

Dengar boleh, percaya jangan!

Tak ada kena mengena pun antara kita mandi pakai air sejuk ke air panas lepas makan dengan perut buncit. 


Alasan je untuk orang yang malas mandi.


3. Buncit sebab tak bersenam lepas makan


Dah kenapa pulak kita nak bersenam lepas baru je kenyang?


Bersenam bila perut tengah penuh dengan makanan hanya akan buat kita tak selesa perut.


Tapi  kalau nak bersenam lepas makan jugak sebab takut gemuk atau buncit, sebaiknya buat senaman ringan je. 

Lepas makan tu boleh la berjalan perlahan-lahan. Atau lebih baik, buat aktiviti fizikal 4 jam selepas makan.


Kesimpulannya, masalah perut buncit ni boleh jadi walaupun bukan selepas makan.

Faktor macam masalah perubatan atau pengamalan diet rendah lemak ni sebenarnya yang menyumbang kepada masalah pereut kedepan.


Jadi kebanyakan mitos selepas makan sebagai punca perut buncit ni tak betul pun. Yang penting, kena jaga kesihatan badan dan rajin-rajin la bersenam!


Sumber: 

  1. Mayo Clinic: Belly fat in women: Taking — and keeping — it off 1

  2. Harvard Health Publishing: Abdominal fat and what to do about it 2







Ulasan

Catatan Popular