Ada Bisul Naik Kat Badan? Ini Penyebab Bisul! Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Ada Bisul Naik Kat Badan? Ini Penyebab Bisul!

Ada Bisul Naik Kat Badan? Ini Penyebab Bisul!


Bisul adalah benjolan dan rupa dia sama macam jerawat yang bersaiz besar. Punca bisul selalunya disebabkan jangkitan bakteria staphylococcal.


Bisul biasanya terjadi di muka, leher, ketiak, punggung & paha.


Tanda-tanda





Bisul biasanya bermula sebagai benjolan kecil tetapi menyakitkan yang muncul di leher, muka, kawasan pinggang, pangkal paha, di bawah lengan & di bahagian punggung. Bisul boleh menjadi lebih besar.


Sesetengah bisul boleh lama di dalam kulit & muncul kemudiannya, menyebabkan pendarahan kecil & white liquor.


Bisul boleh bertahan untuk beberapa hari atau minggu & mungkin meninggalkan parut.


Jika tidak dirawat, bisul boleh masuk ke dalam darah & menjangkiti organ lain.


Simptom yang Memerlukan Rawatan Segera


  • Lebih daripada satu bisul

  • Bisul memberi kesan kepada muka & merimaskan

  • Simptom semakin teruk

  • Demam

  • Bisul bersaiz lebih dari 5 cm

  • Bisul tidak sembuh dalam masa 2 minggu

  • Bisul yang berulang


Punca


Folikel rambut dijangkiti oleh bakteria yang terdapat pada kulit.


Bisul biasanya bermula dalam folikel rambut & beransur-ansur menjangkiti lapisan kulit.


Ia boleh menghasilkan luka-luka kulit, membolehkan penembusan bakteria apabila menggaru atau gigitan serangga.


Punca lain:


  • Jangkitan luka

  • Tahap kebersihan yang rendah

  • Pakaian ketat

  • Melecet

  • Pendedahan kepada bahan kimia atau kosmetik

  • Sistem imun badan yang lemah.


Faktor-faktor Risiko


  • Sentuhan kulit dengan seseorang yang mempunyai bisul

  • Diabetes

  • Keadaan kulit; jerawat & ekzema

  • Sistem imun lemah


Cara pencegahan


  • Penggunaan antibiotik mengikut arahan doktor

  • Mengurangkan aktiviti fizikal selagi belum sembuh untuk mengelakkan berpeluh

  • Pastikan kulit bersih

  • Jangan picit bisul

  • Tukar pakaian & cadar dengan kerap


Sumber:

  1. Mayo Clinic: Boils and carbuncles 1


  1. DermNet NZ: Boil 2


  1. BetterHealth Channel: Boils 3







Ulasan

Catatan Popular