Ada Rasa Sakit Kat Area Bawah Belakang? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Ada Rasa Sakit Kat Area Bawah Belakang?

Ada Rasa Sakit Kat Area Bawah Belakang?


Bila datang rasa sakit kat bawah belakang tu, nak buat kerja pun susah. 


Bahagian bawah belakang– bermula daripada tulang rusuk terakhir, dipanggil sebagai bahagian Lumbar. Tapi rasa sakit ni selalunya akan baik sendiri. Untuk kes-kes dimana rasa sakit tak jugak hilang, ada beberapa rawatan yang boleh dicuba.

Simptom:


  • Rasa sakit tumpul hinggalah ke rasa tajam

  • Rasa sakit sampai tak mampu berdiri atau berjalan


Sakit bahagian bawah belakang boleh datang secara tiba-tiba, kebiasaannya selepas kecederaan daripada sukan atau angkat berat.


Sakit berterusan melebihi 3 bulan dikira sebagai kronik.


Simptom yang memerlukan rawatan segera:


  • Hilang kawalan kencing atau buang air besar

  • Kelemahan & nyilu di bahagian kaki

  • Demam

  • Sakit ketika batuk atau bersin


Ketegangan Otot vs Sciatica

Sakit belakang selepas angkat berat atau bersukan terlalu kuat kebiasaannya disebabkan ketegangan otot. 


Namun, sakit belakang boleh juga disebabkan oleh disk yang terkeluar/membonjol atau punah. Sekiranya disk yang terkeluar ini menekan saraf sciatic, rasa sakit yang menurun ke kaki daripada punggung boleh dirasai. Ini dipanggil sebagai Sciatica.


Punca Sakit Belakang

Pekerjaan


Pekerjaan yang memerlukan anda untuk mengangkat atau menarik benda berat, atau apa-apa pergerakan yang membabitkan tulang belakang untuk berpusing boleh menyumbang kepada sakit bahagian belakang. Selain tu, duduk di depan meja selama berjam-jam dengan kerusi yang tak sesuai pun boleh mendorong kepada membongkok.


Beg


Bila beg terlalu berat, ia boleh membebankan bahagian bawah belakang anda. Walaupun anda menggalas beg di bahu, bahagian bawah belakang yang sebenarnya memberi sokongan kepada bahagian atas badan.


Postur yang Salah


Postur yang baik dapat menyokong bahagian belakang. Cuba duduk tegak & jangan membongkok; duduk tegak, bahu ke belakang & kaki di atas tanah.


Disk Membonjol


Vertebra-vertebra di tulang belakang di lapik dengan kusyen berunsur gel– berbentuk disk yang boleh terhakis akibat penuaan. Disk yang lemah akan cenderung untuk membonjol atau pecah & menekan saraf di tulang belakang.


Penyakit-penyakit Kronik


  • Stenosis tulang belakang: berlaku pengecilan laluan atau ruang di tulang belakang yang diisi oleh saraf tunjang.

  • Spondylitis: keradangan teruk bahagian sendi tulang belakang.

  • Fibromyalgia: mengakibatkan sakit otot & sendi yang menyeluruh termasuk sakit belakang.


Siapa yang Berisiko

  • Berat badan berlebihan

  • Gaya hidup tidak aktif

  • Pekerjaan yang melibatkan mengangkat benda-benda berat


Penjagaan di Rumah

Rehat Berbaring di Atas Katil


Tetapi sekiranya sakit berpunca dari ketegangan otot, doktor mungkin akan mencadangkan untuk anda kembali aktif. Kajian menunjukkan rehat di atas katil selama satu hari atau lebih boleh menyebabkan sakit menjadi lebih teruk & mengurangkan keanjalan belakang anda.


Yoga


Kajian menunjukkan mereka yang menjalani yoga selama 12 minggu mempunyai simptom sakit belakang yang lebih sedikit berbanding mereka yang menggunakan cara lain. Manfaat ini berkekalan berbulan lamanya walaupun setelah berhenti menjalani yoga.


Terapi Urutan


Urutan mungkin berupaya untuk mengurangkan sakit belakang yang kronik, lebih-lebih lagi jika digabungkan dengan senaman dan regangan. Kajian mendapati pesakit yang melakukan ketiga-tiga aktiviti ini mampu untuk bergerak dengan lebih mudah.


Terapi Fizikal


Program rehabilitasi untuk menguatkan bahagian belakang mungkin membolehkan anda untuk menjalani aktiviti harian seperti biasa semula. Terapi fizikal termasuk regangan, senaman kekuatan & kardio berimpak rendah dapat membantu mengembalikan stamina & kekuatan tanpa menyakitkan belakang anda.


Senaman


Dua jenis senaman untuk menguatkan belakang anda: 


  • Senaman ekstensi: Membongkok ke belakang untuk menguatkan otot yang menyokong bahagian bawah belakang.

  • Senaman fleksi: Membongkok ke depan untuk meregangkan belakang dan pinggul. 


Kesimpulan


Tiada cara yang khas untuk mengelakkan diri daripada mendapat sakit belakang tapi untuk menjaga bahagian belakang, anda perlu kekalkan berat yang sihat & kerap bersenam.


Sumber:

  1. HelloDoktor: Sakit Bahagian Bawah Belakang 1






Ulasan

Catatan Popular