Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Alzheimer Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Alzheimer

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Alzheimer 


Penyakit Alzheimer adalah apabila seseorang kehilangan fungsi otak yang signifikan, di mana perlahan-lahan ingatan mula merosot, kemahiran berfikir & keupayaan untuk menjalankan tugasan juga berkurang.


Ia beransur-ansur dari tahap ringan ke tahap yang lebih serius; ketika ia mula mempengaruhi fungsi seseorang ke tahap seseorang perlu bergantung pada orang lain untuk penjagaan asas. 


Buat masa ini, Alzheimer tiada rawatan untuk disembuhkan.


Faktor Alzheimer

Tiada punca yang diketahui, tetapi umur dianggap faktor risiko terbesar. 


Kebanyakan orang yang menghidap penyakit Alzheimer adalah berusia 65 tahun keatas & risiko meningkat dengan usia.


Namun, ada juga golongan lingkungan usia 30 hingga 50-an yang mendapat penyakit Alzheimer walaupun sedikit. Jadi, penyakit Alzheimer bukanlah sebahagian daripada penuaan biasa.


Simptom Awal Alzheimer


  • Pelupa

  • Hilang tumpuan

  • Masalah bahasa

  • Kekeliruan tentang masa & tempat

  • Koordinasi & pergerakan terjejas

  • Perubahan mood & tingkah laku

  • Kemurungan


Rawatan Alzheimer

Belum ada ubat untuk menyembuhkan Alzheimer tetapi terdapat cara untuk melambatkan perkembangan penyakit. 


Ubat untuk rawatan Alzheimer:


  • Donepezil (Aricept, generik)

  • Rivastigmine (Exelon, generik)

  • Galantamine (Razadyne, generik)

  • Memantine (Namenda)


Dan terdapat juga cara rawatan selain ubat, seperti terapi muzik atau terapi memori.


Sebaiknya berbincang dengan doktor adakah ubat dapat membantu meningkatkan tingkah laku atau kebolehan berfungsi serta apakah cara terbaik untuk melambatkan proses penyakit Alzheimer. 


Sumber:

  1. DailyHealthWire: What You Need to Know About Alzheimer’s Disease


  1. ValleyVNA: 5 Things You Should Know About Alzheimer’s Disease























Ulasan

Catatan Popular