Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Boleh Ke Hiking Kalau Ada Sakit Sendi? Boleh Je Yang Penting Buat Persiapan Penting Ni!
Osteoartritis boleh terjadi apabila tulang rawan yang melindungi sendi menjadi haus. Dan tempat yang kebiasaannya terjadi adalah pada sendi tangan, lutut, pinggul & tulang belakang.
Perubahan patologi pada sendi tak boleh pulih semula, tetapi simptomnya masih boleh dikawal dengan rawatan yang betul.
Sebab tu tak boleh jadikan artritis sebagai alasan untuk anda tidak aktif!
Nak cuba hiking tapi tak pasti selamat ke tak?
Tak payah risau, jom kita tengok apa persiapan yang boleh anda buat sebelum aktiviti hiking walaupun anda ada sakit sendi.
Hiking Bagus Untuk Penghidap Osteoartritis
Sebenarnya kalau anda tak ada masalah kesihatan lain yang boleh menjejaskan keupayaan untuk kekal aktif, tak ada masalah pun nak buat aktiviti mendaki.
Aktiviti hiking sebenarnya baik untuk pesakit artritis sebab ia melibatkan banyak pergerakan sendi & berupaya untuk menguatkan otot yang menyokong struktur sendi.
Selain dari kesihatan sendi, hiking boleh meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular anda.
Tetapi, bagi anda yang menghidap masalah Osteoartritis, beberapa persiapan awal perlu dibuat sebelum boleh kembali aktif dengan aktiviti dakian.
Persiapan Awal Sebelum Mendaki Bukit
Pilih pendakian pada permukaan yang tidak terlalu cerun
Kalau baru nak cuba mendaki, jangan terus nak ambil laluan yang cerun sebab kurang sesuai untuk masalah sakit sendi anda & risikonya lebih tinggi.
Kalau memang dah biasa mendaki & simptom artritis pun terkawal, boleh kalau nak cuba laluan yang lebih mencabar sedikit tapi apa-apa pun kena berdasarkan nasihat doktor anda.
Lalu kawasan yang familiar & elakkan daripada mencuba jalan shortcut yang anda tak pasti
Seeloknya lalu laluan utama yang sama dengan pendaki lain. Supaya kalau terjadi apa-apa, senang nak dapatkan bantuan.
Piih kawasan dakian dengan jumlah halangan minimum
Mula mendaki secara perlahan-lahan & berehat dengan lebih kerap terutamanya bila rasa sakit sendi
Perkara Penting Perlu Dibawa Semasa Mendaki
Jenis kasut yang dipakai
Kasut yang mempunyai tapak dengan daya sokongan yang baik penting untuk berikan keselesaan sepanjang pendakian.
Beg yang ringan dilengkapi dengan tali pada bahagian pinggang & pinggul
Bukan untuk meringankan beban pikulan je, malah dapat bagi keseimbangan kepada beg yang dipikul.
Tongkat hiking
Untuk memberikan kestabilan kepada anda terutamanya semasa berada di kawasan cerun.
Kalau digunakan dengan betul, penggunaan tongkat boleh mengurangkan tekanan pada bahagian belakang badan, lutut & kaki.
Jadi anda tak perlu’pencen’ terus dari aktiviti mendaki, pastikan buat persiapan di atas & paling penting rujuk doktor untuk dapatkan nasihat yang sesuai dengan keadaan anda.
Sumber:
Versus Arthritis: Your questions on walking and running 1
Mayo Clinic: Osteoarthritis 2
Practical Pain Management: Hiking with Arthritis: What to Know Before You Go 3
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan