Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Contact Lens: Penjagaan & Risiko Pemakaian
Pemakaian kanta lekap atau lens atas sebab untuk mengatasi masalah penglihatan ataupun sebagai aksesori, adalah penting untuk anda teliti dengan cara penjagaan & risiko pemakaiannya.
Cara Penjagaan
Buat self-check mata sekali sehari.
Macam mana rasa lens di mata? Apa aspek pandangan selepas pakai? Masih boleh terus melihat dengan baik?
Pastikan cuci tangan & keringkan dengan tuala yang bersih sebelum menyentuh mata atau kanta sentuh.
Jangan gosok mata.
Kekal tabiat kebersihan yang baik.
Membersih, membasmi & menyimpan kanta dalam bekas kanta yang dikhaskan. Jangan sekali-kali mencuci kanta lekap atau bekas kanta dengan air paip, pastikan cuci dengan contact lens solution.
Ingat tempoh untuk menggantikan kanta.
Jangan guna lebih daripada tempoh yang disarankan.
Risiko Bahaya
Ini risiko yang mungkin terjadi jika anda ambil mudah aspek pemakaian lens atau tak kisah pakai lens semasa tidur:
1. Konjuktivitis
Ini disebabkan pemakaian lens dapat merangsang bakteria masuk hingga menyebabkan jangkitan pada konjuktiva mata.
Anda mungkin akan diberikan ubat titis mata yang mengandungi antibiotik untuk mengurangkan simptomya & mungkin disarankan untuk berhenti memakai lens sementara waktu.
2. Mata sensitif
Kornea mata memerlukan oksigen untuk menjaga kelembapan & mencegah jangkitan pada mata. Namun, bila selalu tidur dengan lens semalaman, oksigen akan terhalang dari menuju kornea mata & membuatnya jadi sensitif.
Akibatnya, ia akan menggalakkan pertumbuhan saluran darah baru di kornea & menyebabkan keradangan.
3. CLARE
CLARE atau Contact Lens Acute Red Eye adalah jangkitan mata akibat pengeluaran racun oleh bakteria dan boleh mengakibatkan sakit mata, mata menjadi merah & sensitif dengan cahaya.
4. Ulser mata
Gesekan antara lens dengan permukaan mata boleh melukakan mata & membuat mata mudah terkena jangkitan bakteria. Kemasukan bakteria boleh menyebabkan ulser pada lapisan kornea.
Kalau tak dapatkan rawatan dengan cepat, boleh meningkatkan risiko kebutaan kekal.
Simptom awal luka pada mata adalah termasuk mata merah, pandangan kabur & sakit mata.
5. Giant papillary conjunctivities (GPC)
GPC adalah munculnya benjolan dalam kelopak mata bagian atas.
Jika tertidur memakai kanta lekap
Tanggalkannya secepat mungkin bila terbangun. Dan sebaiknya elakkan memakai lens pada keesokan hari untuk menenangkan kornea mata anda.
Biarkan mata “bernafas” dan melembapkan dirinya untuk meredakan jangkitan yang mungkin terjadi. Boleh juga gunakan ubat titis mata untuk melembapkan mata.
Paling penting, jangan lupa buat pemeriksaan mata dengan doktor mata secara berkala.
Sumber:
MyHealth: Pemakaian Kanta Lekap Yang Selamat
HelloDoktor: Bahaya Tidur dengan Kanta Lekap
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan