Impak Kadar Degupan Jantung Bila Kena Heart Attack Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Impak Kadar Degupan Jantung Bila Kena Heart Attack

Impak Kadar Degupan Jantung Bila Kena Heart Attack


Apa yang berlaku pada kadar degupan jantung jika kena heart attack?


Bila seseorang mengalami sakit jantung, bermaksud ada sekatan atau penghentian darah yang mengalir ke jantung.


Denyut jantung apabila terkena serangan jantung akan berbeza-beza mengikut tahap kesihatan keseluruhan, penggunaan ubat-ubatan & keadaan perubatan lain.


Simptom Serangan Jantung


  • Ketidakselesaan pada bahagian tubuh

  • Tekanan atau rasa sesak dada

  • Ketidakselesaan dada atau kesukaran bernafas

  • Pening kepala

  • Loya

  • Peluh sejuk


Kesan Pada Jantung


Serangan jantung terjadi apabila jantung kehilangan semua atau sebahagian aliran darah.


Dan apabila aliran darah terganggu, oksigen akan berkurangan & jantung tidak dapat berfungsi dengan normal.


Menurut American Heart Association, jantung menjadi rosak semasa serangan jantung.


Jumlah & tahap keparahan kerosakan bergantung kepada:


  • Jumlah aliran darah ke jantung yang tersekat

  • Keperluan oksigen otot jantung

  • Kepantasan mendapatkan rawatan


Namun, jantung boleh beransur sembuh selepas itu. Boleh juga terjadi tisu parut pada bahagian yang rosak.


Ada juga kes dimana jantung menjadi lemah secara kekal & kurang mengepam darah.


Kadar Degupan Jantung Semasa Heart Attack

Denyutan jantung boleh meningkat atau tetap sama semasa serangan jantung.


Denyut jantung pada masa rawatan ada kalanya dikatakan dapat meramalkan keberkesanan proses pemulihan.


Namun, denyutan jantung yang tinggi tak semestinya tanda serangan jantung.


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) tak mengiktiraf peningkatan kadar denyutan pada jantung sebagai tanda atau gejala serangan jantung.


Serangan Jantung & Kadar Degupan Jantung


3 jenis serangan jantung:


  1. ST-segment elevation myocardial infarction (STEMI)


STEMI boleh menjadi bentuk serangan sakit jantung paling teruk. Kebiasaannya, menyebabkan kadar degupan jantung meningkat semasa serangan. Tetapi terdapat jenis STEMI tertentu yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem elektrik jantung & melambatkan denyutan jantung.


  1. Mon-ST segment elevation myocardial infarction (NSTEMI)


Kurang mengakibatkan kerosakan pada organ jantung tetapi boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan. Ada kalanya NSTEMI Jenis II berlaku akibat degupan jantung yang cepat terkesan daripada isu kesihatan seperti demam atau pendarahan, bersama masalah penyumbatan arteri koronari tetap.


  1. Kekejangan arteri koronari


Berlaku apabila dinding arteri mengetat & menyekat aliran darah ke jantung serta memberi kesan kepada degupan jantung.


Keadaan perubatan yang mempengaruhi kadar degupan jantung:


  1. Takikardia


Denyutan jantung terlalu cepat untuk usia & keadaan fizikal keseluruhan. Semasa mengalami serangan jantung, kadar denyutan jantung berkemungkinan tetap akan meningkat.


  1. Bradikardia 


Boleh menyebabkan kadar degupan jantung lebih perlahan. Individu dengan bradikardia atau penyakit lain berkaitan sistem elektrik jantung mungkin tidak mengalami peningkatan kadar jantung semasa terkena heart attack.


Denyutan jantung semasa serangan jantung boleh meningkat atau tetap sama. Walaupun kadar degupan jantung yang tinggi mempunyai kebarangkalian untuk dikaitkan dengan keadaan yang lebih buruk, tahap denyutan jantung yang tinggi bukanlah salah satu tanda serangan jantung.


Perlu melihat & kenal pasti tanda-tanda lain seperti sakit dada, tekanan atau ketidakselesaan.


Sumber:

  1. Cedars Sinai: Heart Attack (Myocardial Infarction) 1


  1. Heart.org: Bradycardia: Slow Heart Rate 2


  1. Heart.org: Tachycardia: Fast Heart Rate 3


  1. SecondsCount: Types of Heart Attacks 4








Ulasan

Catatan Popular