Kenapa Ada Orang Tua Terkencing Malam? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Kenapa Ada Orang Tua Terkencing Malam?

Terkencing malam atau nama lainnya, inkotinens urinari biasa terjadi dalam kalangan orang tua. Keadaan ini digambarkan dengan kencing secara tidak sengaja semasa tidur.

Apakah Penyebabnya?


Boleh disebabkan masalah kesihatan seperti:


  • Diabetes

  • Jangkitan saluran kencing

  • Batu karang dalam saluran kencing

  • Masalah saraf

  • Keabnormalan anatomi

  • Kanser prostat

  • Prostat membesar

  • Kanser pundi kencing

  • Apnea tidur obstruktif

  • Kebimbangan dan masalah psikologi lain


Maklumat Yang Diperlukan Untuk Diagnosis:

  • Bilakah kencing malam sering berlaku?

  • Berapa kali ibu bapa anda membuang air kecil semasa siang hari dan bila?

  • Berapa banyak air kencing yang bocor?

  • Berapa kerap ibu bapa anda minum air? Adakah mereka minum banyak sebelum tidur?

  • Apakah jenis cecair yang mereka minum? Manis, alkohol, atau berkafein?

  • Apakah pola kencing? Adakah aliran kuat dan terdapat sebarang masalah?

  • Adakah ibu bapa anda mempunyai sebarang jangkitan saluran kencing?

  • Berapa kerap ibu bapa anda terkencing?

  • Adakah mereka mempunyai sebarang simptom-simptom lain, seperti berpeluh?


Jadi, bila nak bawak ibu bapa jumpa doktor, bawa nota supaya tak tertinggal info-info penting untuk diagnosis. 


Selain itu, ceritakan sejarah keluarga jika ada, rekod perubatan ibu bapa & ubat-ubatan mereka.


Ini memudahkan doktor mengambil kira kemungkinan keadaan perubatan yang boleh menyebabkan kencing malam.


Boleh Rawat Atau Tak?

Boleh! Dengan bantuan pakar urologi atau pakar gangguan tidur. 


Kebiasaanya ubat sudah cukup berkesan untuk rawatan. Jika didiagnosis dengan masalah lemah kawalan kencing, senaman otot lantai pelvik boleh membantu. Jika disebabkan inkontinen, mungkin akan disyorkan latihan semula pundi kencing & ubat-ubatan antimuskarinik. Jika tak ada rawatan konvensional yang sesuai, pembedahan mungkin diperlukan.


Selain itu, anda boleh pantau pengambilan cecair mereka. Elakkan minum air yang banyak sebelum tidur serta hadkan pengambilan minuman berkafein.


Sumber:

  1. Thebmj: Managing urinary incontinence in older people 1


  1. Agingcare: Diagnosing and Treating Bed Wetting in the Elderly 2






Ulasan

Catatan Popular