Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kenapa Luka Kencing Manis Susah Sembuh?
Pesakit kencing manis kebiasaannya akan ambik masa untuk sembuhkan luka. Dan benar, ia bukan sekadar mitos!
Disebabkan tu pesakit kencing manis perlu lebih berhati-hati untuk elakkan anggota badan mereka dari terluka. Bayangkan kalau terkena, terpaksa tanggung kos perubatan yang tinggi disebabkan luka kencing manis perlukan penjagaan yang baik.
Luka diabetes (ulser kaki)
Luka seperti kesan cakaran dan gelembung (blister) boleh berlaku dekat mana-mana bahagian anggota badan tetapi selalunya terjadi pada kawasan tapak kaki.
Luka tersebut lagi senang untuk jadi lebih teruk terutamanya bagi pesakit kencing manis disebabkan oleh komplikasi neuropati atau ada kerosakan urat saraf periferal.
Mereka yang mengalami keadaan macam ni tak lagi mempunyai deria sentuh pada permukaan tapak kaki atau dekat penghujung jari tangan membuatkan luka di kawasan tersebut menjadi lebih teruk.
Jika terpijak serpihan kaca atau duri yang boleh menyebabkan luka, dan tanpa penjagaan yang baik, boleh menyebabkan masalah ulser kaki!
Jangkitan kuman mudah untuk masuk ke dalam luka kencing manis tersebut dan akan meningkatkan risiko untuk kaki dipotong untuk mengelakkan sepsis.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Imperial College London, pesakit diabetes mempunyai 10 - 30 kali ganda risiko berbanding dengan populasi umum untuk melalui prosedur amputasi kaki.
Dan yang lagi merisaukan, 20 - 50% daripada jumlah tersebut memerlukan amputasi kaki yang kedua dalam tempoh 1 - 3 tahun.
Tapi kenapa luka kencing manis susah sembuh?
Ada beberapa kemungkinan yang menjadi punca kenapa luka kencing manis susah sembuh memandangkan ia boleh dipengaruhi oleh pelbagai jenis faktor.
Luka kencing manis mungkin disebabkan:
Kadar gula dalam darah yang tinggi
Ini boleh menghalang oksigen dan nutrisi daripada diambil oleh sel, mengganggu sistem imuniti badan & meningkatkan keradangan dalam badan.
Masalah neuropati
Mereka yang mempunyai masalah kerosakan urat saraf periferal akan mengalami kehilangan deria sentuh pada permukaan tapak kaki & tangan; menyebabkan mereka tak perasan akan luka tersebut & menyebabkan penjagaannya terabai.
Sistem pengaliran darah yang tidak lancar
Pesakit diabetes ada dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berkaitan dengan salur darah periferal; di mana salur darah menjadi sempit menyebabkan aliran darah ke bahagian tertentu berkurangan. Ia boleh mempercepatkan kerosakan saraf periferal & menyebabkan pembentukan ulser di kaki.
Kerencatan sistem imun
Pesakit kencing manis mempunyai masalah dengan pengaktifan sistem imun. Ini akan menyebabkan sel-sel yang bertanggungjawab dalam memastikan luka cepat sembuh menurun. Akibatnya luka akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan risiko untuk mendapat jangkitan meningkat.
Jangkitan kuman
Kerencatan sistem imun boleh menyebabkan seseorang itu mudah mendapat jangkitan kuman. Badan akan menggunakan sumber yang ada untuk melawan dengan agen jangkitan tersebut dan ini akan menyebabkan luka kencing manis lambat sembuh. Jika jangkitan tersebut dibiarkan begitu sahaja, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi seperti sepsis dan gangren!
Jadi inilah faktor-faktor yang menyebabkan luka anda susah sembuh.
Pepatah ‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’ sesuai digunakan untuk situasi ini, pesakit kencing manis sewajarnya mengambil langkah “extra” untuk melindungi diri daripada “terluka” kerana risiko untuk kesannya agak menakutkan!
Sumber:
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan