Malu Sebab Ada Ketumbit? Ini Punca Ia Berlaku Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Malu Sebab Ada Ketumbit? Ini Punca Ia Berlaku

Malu Sebab Ada Ketumbit? Ini Punca Ia Berlaku


Bila ketumbit tiba-tiba ada kat kelopak mata, mesti rasa malu sebab akan ada orang ingat anda ‘skodeng’ orang mandi. Hakikatnya, tak ada kena mengena pun kan? Tapi apa yang menyebabkan ketumbit tiba-tiba muncul?


Apa itu ketumbit?



Ketumbit adalah benjolan kecil macam jerawat kecil yang muncul kat sekitar kawasan kelopak mata. Ketumbit boleh menyebabkan kelopak mata menjadi bengkak & merah.


Punca


Kebiasaanya berpunca dari bakteria Staphylococcus.


Staphylococcus akan menjangkiti kelenjar minyak di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata. Mungkin Staphylococcus merebak dari tangan atau alat solek.


Ketumbit juga mungkin berlaku disebabkan blepharitis; sejenis keradangan yang berlaku pada sekeliling kelopak mata. Ataupun, disebabkan alahan. 


Jenis Ketumbit


  • Hordeolum


Berlaku disebabkan oleh infeksi kuman pada kawasan folikel bulu mata atau kelenjar meibomian. Kebiasaannya, ia akan menyebabkan kelopak mata menjadi bengkak, mata berwarna merah, sakit, gatal & mungkin mengeluarkan nanah. Namun, biasanya ia akan pecah & sembuh dengan sendirinya selepas beberapa hari.


  • Chalazion


Berlaku disebabkan oleh kelenjar minyak tersumbat. Membuat mata terasa seperti melekit. Kebiasaannya, ia terletak jauh daripada pinggir kelopak mata.


Komplikasi Ketumbit



Kebiasaannya, ketumbit akan sembuh sendiri. Tetapi, ada jugak beberapa kes di mana ketumbit merebak & melarat ke bahagian lain di sekitar kelopak mata & mengakibatkan preseptal cellulitis – kondisi kelopak mata yang bengkak teruk.


Cara Penjagaan


  • Tuamkan kawasan ketumbit dengan kain yang direndam dalam air panas untuk 10 minit. Ulang 2 - 3 kali sehari

  • Bersihkan kelopak mata menggunakan putik kapas yang direndam dengan sabun untuk mencuci bulu mata

  • Urutkan kelopak mata secara lembut untuk mengeluarkan lemak atau nanah yang tersumbat


Larangan


  • Jangan pecahkan ketumbit


Boleh menyebabkan jangkitan merebak ke kelopak mata. Sebaiknya, biarkannya hilang dengan sendiri.


  • Elak penggunaan alat kosmetik


Jauhkan dari guna sebarang alat kosmetik; eyeliner, eyeshadow, maskara selagi belum sembuh. Jangan guna alat kosmetik yang dah tamat tempoh! Dan lebih baik kalau tak berkongsi dengan orang lain.


  • Elak pemakaian contact lens


Kalau perlu sangat kena pakai,  pastikan betul-betul bersih. Pastikan basuh tangan dengan teliti setiap kali nak pakai atau cabut contact lens. Namun, seeloknya cuba untuk tak pakai kanta lekap semasa ketumbit masih belum sembuh.


Kesimpulan


Walaupun ketumbit bukan satu masalah yang serius, namun kita masih perlu berhati-hati jika terkena ketumbit kerana ia melibatkan organ mata yang sangat bernilai. Jaga la nikmat penglihatan yang masih kita ada sebaiknya.


Sumber:


  1. MyHealth KKM: Ketumbit 1


  1. Cleveland Clinic: Stye 2









Ulasan

Catatan Popular