Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pernah Dengar Jantung Membengkak? Ini Punca Utamanya!
Jantung bengkak atau cardiomegaly bukanlah sejenis penyakit tetapi selalunya terjadi disebabkan kondisi lain.
Terma cardiomegaly merujuk kepada saiz jantung yang membesar atau membengkak & dapat dikesan dengan ujian X-ray.
Jantung Bengkak Tu Macam Mana?
Seperti namanya, jantung membengkak bermaksud saiz jantung yang lebih besar daripada normal.
Jantung kita boleh membesar bila otot bekerja dengan kuat sehinggakan ia menebal & kamar jantung membesar.
Jantung membengkak boleh terjadi disebabkan stres jangka pendek terhadap badan. Contohnya bila mengandung atau penyakit seperti lemah otot jantung, penyakit arteri koronari, masalah injap jantung dan aritmia.
Jantung boleh membengkak dengan dua cara:
Dilatation – Dinding jantung menjadi nipis & lemah ketika jantung menjadi semakin besar. Boleh menyebabkan kegagalan jantung.
Hypertrophy – Dinding jantung membengkak & menyebabkan jantung menjadi kurang efisien.
Punca Jantung Bengkak
Tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi memaksa jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat ke seluruh badan & menyebabkan otot jantung menjadi tebal.
Selain itu, hipertensi juga boleh menyebabkan ventrikel kiri untuk membesar & menyebabkan otot jantung menjadi lemah. Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan kamar jantung bahagian atas menjadi besar.
Penyakit injap jantung
Injap jantung yang tercedera boleh menyebabkan jantung berisiko untuk membengkak. Macam mana injap jantung boleh cedera? Boleh disebabkan oleh demam reumatik, terkena jangkitan, degupan jantung tidak tetap (aritmia), rawatan kanser atau ubat-ubatan yang tertentu.
Injap yang tak dapat berfungsi dengan baik juga akan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan betul. Oleh sebab itu, jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat.
Kardiomiopati
Penyakit ini menyebabkan jantung ada kesukaran untuk mengepam darah ke seluruh badan. Lama-kelamaan, jantung jadi semakin besar untuk mengepam lebih banyak darah.
Selalunya, simptom untuk penyakit ni seperti sesak nafas & buku lali membengkak. Pesakit juga mungkin akan alami pening kepala & sakit dada.
Hipertensi pulmonari
Yang bermaksud tekanan darah tinggi di dalam arteri yang menghubungkan jantung & paru-paru.
Penyakit ini menyebabkan jantung perlu mengepam darah dengan lebih kuat di antara jantung & paru-paru. Akibatnya, bahagian kanan jantung boleh membengkak.
Penyakit arteri koronari
Terjadi bila ada plak lemak dalam kawasan arteri; yang boleh menghalang pengaliran darah & menyebabkan sakit jantung.
Apabila satu bahagian otot pada jantung mati, jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Lama-kelamaan, jantung akan membengkak kerana terpaksa bekerja dengan lebih keras.
Tiroid
Kedua-dua jenis penyakit tiriod; hipertiriodisme dan hipotiriodisme boleh menyebabkan masalah jantung yang membuatkan jantung membengkak.
Jika tak dirawat, penyakit tiroid boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, peningkatan kolesterol dalam darah, degupan jantung tidak teratur & jantung membengkak.
Pernah terkena serangan jantung
Jantung boleh menjadi lemah selepas terkena serangan jantung. Oleh sebab itu, otot yang lemah mungkin akan membengkak atau membesar untuk terus berupaya mengepam darah ke seluruh badan.
Obesiti
Mempunyai terlalu banyak lemak badan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi pula merupakan salah satu punca utama jantung membengkak.
Kurang aktif
Mereka yang mengamalkan gaya hidup sedentari lebih berisiko untuk menghidap penyakit arteri koronari & tekanan darah tinggi.
Semua penyakit ini akan meningkatkan risiko jantung membengkak.
Umur meningkat
Semakin berusia, arteri akan semakin hilang keanjalannya.
Bila salur darah ini jadi semakin ‘keras’, mudah untuk kita terkena tekanan darah tinggi yang juga merupakan salah satu faktor utama jantung membengkak.
Kondisi jantung bengkak dapat dirawat & dielakkan jika dikesan pada peringkat awal. Tak rugi untuk mulakan pemakanan secara sihat & selalu bersenam.
Sumber:
BetterHealthChannel: Heart disease - enlarged heart 1
Heart&Stroke: Enlarged heart 2
Mayo Clinic: Enlarged heart 3
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan