Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan

Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan


Apa itu Kolesterol?

Semua orang mempunyai kolesterol– lipid berwarna putih kekuningan atau lemak yang berada pada setiap sel badan.


Fungsinya adalah untuk memastikan sel & organ berfungsi dengan baik, terbabit dalam pengeluaran hormon, vitamin & pencernaan.


Kolesterol terhasil daripada


  • 80% secara semula jadi oleh hati & usus

  • 20% daripada pemakanan


Jenis-jenis Kolesterol


  • HDL 


HDL ataupun kolesterol baik akan membawa kolesterol jahat & bahan tidak sihat yang lain ke hati, hati kemudiannya akan memecah & membuang toksin daripada tubuh.


  • LDL


LDL ataupun kolesterol jahat boleh menyebabkan masalah kesihatan jika jumlahnya tinggi pada arteri.


Punca Kolesterol Tinggi


Kolesterol tinggi ataupun Hiperkolesterolemia adalah satu keadaan ‘common’ & 1 daripada 3 individu dewasa mempunyai kolesterol tinggi.


Antara beberapa penyebab penyumbang kepada statistik di atas:


  • Gaya hidup

  • Genetik

  • Masalah perubatan lain

  • Pengambilan alkohol berlebihan

  • Merokok

  • Tidak aktif

  • Tidur tidak mencukupi

  • Tekanan

  • Diet tinggi lemak tepu

  • Diet tinggi lemak trans


Kolesterol Tinggi kerana Genetik


Keadaan kolesterol tinggi atas faktor genetik dikenali sebagai Familial Hypercholesterolemia (FH), ianya berlaku apabila tubuh tidak dapat memproses LDL dengan betul. Statistik menunjukkan 1 daripada 220 individu dewasa mewarisi penyakit ini.


Tanda-tanda Kolesterol Tinggi


  1. Tanda Fizikal


Tanda-tanda kolesterol tinggi boleh dikesan dengan benjolan kuning pada kulit sekitar kelopak mata. Deposit lemak yang kekuningan ini dipanggil Xanthelasma. Namun ianya tidak menjejaskan penglihatan.


Selain di kawasan mata, benjolan juga boleh berlaku pada bahagian siku, lutut atau kaki – dikenali sebagai Xanthomas. Xanthomas juga tidak menyakitkan.


  1. Penyakit Arteri Koronari


Simptom:


  • Sakit dada

  • Loya

  • Keletihan melampau

  • Sesak nafas

  • Sakit pada leher, rahang, perut atas atau belakang

  • Kebas atau kesejukan di hujung kaki


  1. Serangan Jantung


Berlaku apabila kolesterol terkumpul di arteri & menyekat aliran darah.


Simptom:


  • Kesakitan atau ketidakselesaan di dada, lengan, atau bahu

  • Pening atau sakit kepala

  • Lemah badan atau keletihan melampau

  • Berpeluh sejuk

  • Sesak nafas atau sukar bernafas

  • Kegelisahan

  • Loya, ketidakselesaan perut atau pedih ulu hati


  1. Penyakit Arteri Periferal


Penyakit arteri periferal (PAD) berlaku apabila pengumpulan kolesterol menghalang darah masuk ke buah pinggang, perut & anggota badan lain.


Simptom:


  • Lenguh kaki

  • Sakit atau kekejangan di kaki

  • Perubahan warna kulit atau bulu kaki

  • Sensasi terbakar atau warna kebiruan di jari kaki

  • Kuku kaki menebal

  • Sebelah kaki terasa lebih sejuk

  • Luka di kaki lambat sembuh


  1. Strok


Pengumpulan kolesterol menghalang aliran darah masuk ke otak & menyebabkan strok.


Simptom:


  • Hilang kawalan pada wajah, lengan atau kaki 

  • Kesukaran bercakap

  • Masalah penglihatan

  • Pening

  • Kesukaran berjalan, kehilangan keseimbangan & koordinasi

  • Sakit kepala yang sangat teruk


Cegah Kolesterol Tinggi

Konklusinya, kolesterol tinggi sukar dikesan pada peringkat awal, takkan kita nak tunggu dapat penyakit jantung atau terkena strok untuk kita tau yang sebenarnya kolesterol dalam badan kita tinggi kan? 


Sebab tu kena amalkan gaya hidup yang seimbang. Berhenti merokok untuk turunkan kadar kolesterol jahat. Selain tu, makan secara sihat, bersenam & ikhtiar dengan mengamalkan Sacha Inchi Oil Go Nature yang telah terbukti membantu ribuan pengguna menurunkan kolesterol tinggi!


Klik gambar di bawah untuk info lanjut:





Sumber:


  1. Heart.org : What is Cholesterol? 1


  1. Mayo Clinic: High cholesterol 2


  1. HelloDoktor: Jika Anda Ada 5 Perkara Ini, Tandanya Kolesterol Dalam Badan Tinggi, AWAS! 3


Ulasan

Catatan Popular