Telinga Susah Nak Dengar? Mungkin Sebab Salah Satu Penyakit Ni! Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Telinga Susah Nak Dengar? Mungkin Sebab Salah Satu Penyakit Ni!

Telinga Susah Nak Dengar? Mungkin Sebab Salah Satu Penyakit Ni! 


Masalah telinga boleh berpunca lebih daripada satu sebab.


Otitis media

Sejenis jangkitan yang berlaku pada bahagian tengah telinga. Dimana ada satu kawasan atau ruang yang dipenuhi dengan udara & terletak pada bahagian belakang gegendang telinga.


Kat kawasan ni terdapat tulang bergetar yang sangat kecil.


Golongan kanak-kanak lebih berisiko berbanding orang dewasa.


Simptom


Kanak-kanak


  • Sakit telinga terutamanya semasa berbaring

  • Telinga terasa seperti ditarik-tarik

  • Susah nak tidur

  • Lebih kerap menangis

  • Ada gangguan pendengaran

  • Sukar nak seimbangkan diri

  • Mengalami demam

  • Keluar cecair daripada telinga

  • Sakit kepala

  • Hilang selera makan


Dewasa


  • Sakit pada bahagian telinga

  • Keluar cecair daripada telinga

  • Sukar atau ada gangguan untuk mendengar dengan baik


Faktor Risiko:


Selalunya disebabkan oleh flu, selesema atau alergi yang menyebabkan kesesakan & pembengkakan saluran hidung, tekak & saluran tiub eustachian.


  • Kanak-kanak yang berumur 6 bulan hingga 2 tahun lebih berisiko

  • Kanak-kanak yang dijaga dalam kumpulan yang lebih besar lebih berisiko untuk mendapat jangkitan seperti selesema

  • Bayi yang diberi makan atau minum melalui botol lebih berisiko

  • Lebih kerap berlaku pada musim sejuk & pada mereka yang ada alahan

  • Pencemaran udara atau pendedahan kepada asap


Rawatan: 


Kebiasaannya kena tengok sekiranya jangkitan sembuh dengan sendiri atau tak dalam masa 1-2 minggu.


Kalau tidak, penggunaan antibiotik akan diberikan. Dan ubat tahan sakit seperti acetaminophen dan ibuprofen.


Penyakit Glue Ear

Penyakit Glue Ear berlaku apabila otitis media bertambah teruk. Ia berlaku apabila ada cairan yang pekat terkumpul pada bahagian tengah telinga.


Cecair yang terkumpul ini biasanya berlaku disebabkan penyakit lain; selesema atau mendapat jangkitan.


Tiub eustachian di bahagian telinga menjadi sempit & mudah tersumbat.


Disebabkan ni, kanak-kanak lebih mudah terkena penyakit ini kerana tiub eustachian mereka lebih kecil.


Kalau cecair ini dibiarkan terlalu lama, boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.


Simptom:


  • Kesukaran untuk mendengar dengan baik

  • Bercakap lebih kuat daripada biasa

  • Tidak mendengar suara atau bunyi dari jarak yang jauh

  • Bunyi berdering atau berdesing dalam telinga

  • Terasa ada tekanan dalam telinga

  • Sakit telinga


Faktor Risiko:


  • Kanak-kanak berumur kurang dua tahun

  • Bayi atau kanak-kanak yang diberi susu botol

  • Kanak-kanak yang berada di pusat penjagaan kanak-kanak

  • Faktor alahan bermusim

  • Kualiti udara yang kurang baik


Rawatan:


Selalunya akan sembuh dengan sendirinya. Tapi, jika bertukar menjadi satu jangkitan, maka penggunaan antibiotik akan diberikan.


Tahi telinga tersumbat

Pengumpulan tahi telinga yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah. Telinga yang tersumbat biasanya disebabkan oleh tahi telinga yang terlalu banyak atau tahi telinga keras.


Penyumbatan tahi telinga seperti ini boleh menyebabkan gangguan pada pendengaran.


Simptom:


  • Sakit telinga

  • Berasa telinga seperti dipenuhi sesuatu

  • Bunyi berdering atau berdesing dalam telinga

  • Mempunyai gangguan untuk mendengar dengan baik

  • Berasa pening atau melayang-layang

  • Batuk


Faktor Risiko:


Kalau cuba keluarkan tahi telinga secara berlebihan atau kalau kotoran telinga tak dibersihkan dengan baik, ia boleh berkumpul & menyekat saluran telinga.


Penyumbatan tahi telinga biasa berlaku ketika cubaan membersihkan telinga menggunakan putik kapas atau barang lain.


Ini akan menyebabkan tahi telinga masuk lebih jauh ke dalam lubang telinga & menyumbatkan lubang telinga.


Rawatan:


Doktor akan keluarkan tahi telinga berlebihan dengan alat kecil yang melengkung (kuret) atau alat penyedut. Kaedah lain adalah dengan menggunakan air atau picagari getah yang diisi dengan air suam.


Kalau selalu ada masalah tahi telinga tersumbat, doktor akan bagi ubat penghilang tahi telinga seperti carbamide peroxide.


Penyakit Swimmer’s Ear

Penyakit telinga perenang adalah sejenis jangkitan yang berlaku pada bahagian luar lubang telinga; antara gegendang telinga sehingga ke luar telinga.


Jangkitan boleh berlaku disebabkan kelembapan & haba yang menyebabkan lapisan kulit dalam lubang telinga menjadi bengkak.


Kemasukan air ke dalam lubang telinga menjadikan kulit di dalamnya mudah untuk dijangkiti disebabkan persekitaran yang lembap.


Simptom ringan:


  • Rasa gatal pada lubang telinga

  • Ada kemerah-merahan dalam lubang telinga

  • Rasa kurang selesa dalam telinga

  • Keluarnya cecair yang jernih & tak berbau daripada lubang telinga


Simptom sederhana:


  • Rasa gatal yang lebih teruk atau kerap

  • Rasa sakit pada telinga yang semakin bertambah

  • Kulit dalam telinga menjadi lebih merah

  • Lebih banyak cecair yang keluar

  • Sukar mendengar dengan baik


Simptom teruk:


  • Rasa sakit yang lebih teruk sehingga ke bahagian kepala, leher & muka

  • Telinga tersumbat secara keseluruhan

  • Telinga menjadi bengkak & kemerah-merahan

  • Pembengkakan pada kelenjar limfa

  • Demam


Faktor risiko: 


  • Individu yang kerap berenang

  • Telinga dimasuki air yang tinggi kandungan bakteria

  • Kerap mencuci telinga dengan agresif

  • Penggunaan alat bantuan pendengaran

  • Alahan kulit


Rawatan:


Doktor akan mencuci telinga untuk mengeluarkan segala cecair, tahi telinga & sisa dalam lubang telinga & bagi ubat titis telinga untuk merawat jangkitan telinga.


Kesimpulan


Untuk mengurangkan risiko, elakkan guna cotton bud atau apa-apa objek lain untuk mencuci tahi telinga anda. Sebab tahi telinga akan masuk lebih jauh ke dalam lubang telinga. Dan gunakan penutup telinga ketika berenang untuk mengelakkan air masuk ke dalam lubang telinga.


Sumber:

  1. Mayo Clinic: Ear infection (middle ear) 1


  1. UTHealth Houston: Otorhinolaryngology – Head & Neck Surgery 2


  1. Mayo Clinic: Earwax blockage 3


  1. Mayo Clinic: Swimmer's ear 4





Ulasan

Catatan Popular