Tulang Belakang Tercedera Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Tulang Belakang Tercedera

Tulang Belakang Tercedera


Kecederaan tulang belakang selalunya melibatkan kecederaan pada kawasan saraf tunjang atau di tisu & tulang sekitarnya. Bergantung kepada tahap kecederaan, kecederaan tulang belakang boleh beri kesan kepada fungsi di beberapa bahagian badan.





Definisi


Kecederaan tulang belakang ialah kesan daripada trauma kepada saraf atau kerosakan kepada tulang & tisu lembut serta salur darah disekeliling tunjang saraf.


Kerosakan tunjang saraf boleh menyebabkan hilang fungsi; deria rasa atau pergerakan.


Simptom-simptom


  • Hilang pergerakan

  • Hilang deria; kebolehan untuk rasa panas, sejuk & sentuhan

  • Hilang kawalan usus atau pundi kencing

  • Aktiviti refleks atau kekejangan berlebihan

  • Sakit akibat kerosakan pada fiber saraf

  • Sukar bernafas, batuk atau buang lendiran daripada paru-paru


Punca


  • Serangan; ditikam atau ditembak

  • Terjun ke dalam air yang cetek & terhantuk di dasar

  • Trauma semasa kemalangan kereta

  • Jatuh dari tempat tinggi

  • Kecederaan kepala atau tulang belakang semasa bersukan

  • Kemalangan elektrik

  • Bahagian tengah batang badan terpusing


Diagnosis & Rawatan


Diagnosis:


  • Imbasan CT (Computerized tomography)

  • X-rays

  • Imbasan MRI (Magnetic resonance imaging)


Rawatan


Masih belum ada cara untuk memulihkan kembali kerosakan tunjang saraf setakat ini. Namun, kajian diteruskan untuk mencari kaedah rawatan baru, termasuklah prostheses & ubat untuk menggalakkan pertumbuhan sel saraf atau memperbaiki fungsi saraf.


Sumber:


  1. Cleveland Clinic: Spinal Cord Injury 1


  1. Mayo Clinic: Spinal cord injury 2





Ulasan

Catatan Popular