Pokok Sacha Inchi: Spesies, Ciri-ciri dan Khasiat Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Pokok Sacha Inchi: Spesies, Ciri-ciri dan Khasiat

Pengenalan




Genus Plukenetia mempunyai taburan geografi yang luas, terutamanya di Amerika Tengah dan Selatan, yang datang dari Antilles ke Bolivia. Sacha inchi (Plukenetia volubilis Linneo) ialah tumbuhan asli dalam hutan Peru yang tergolong dalam keluarga Europhorbiaceae, yang merangkumi 300 genera dan 7500 spesies. Ia ditanam pada ketinggian 200 hingga 2000 m di atas paras laut.


Nama tanaman ini dalam bahasa Quechua bermaksud kacang tanah palsu (sacha) (inchi), memandangkan penggunaannya sebagai kacang yang boleh dimakan pada mulanya oleh golongan asal pra-Inca Chanka dan Mochica-ChimĂș. Kini, ia ditanam di negara-negara Asia– termasuk Thailand, China dan Vietnam serta di Amerika Tengah dan Selatan.


Ia juga dikenali sebagai kacang gunung, kacang sacha atau kacang Inca. Bijinya mengandungi asid lemak tak tepu dan vitamin E– yang terkenal dengan aktiviti antioksidan dan potensi antitumor.


Sehingga kini, banyak hasil positif telah diiktiraf daripada memakan tumbuhan atau komponen yang terdapat dalam Sacha Inchi. Ia dikatakan memberi sumbangan tenaga dan protein, membantu fungsi otak dan tekanan darah serta berpotensi sebagai antioksidan dan antitumor.


Kesan Fisiologi Tumbuhan Sacha Inchi





Sacha inchi (Plukenetia volubilis) ialah tumbuhan yang mempunyai potensi agroindustri yang hebat kerana ia mengandungi Omega 3, 6 dan 9, sekali gus memberikan nilai pemakanan yang tinggi.


Tumbuhan ini merupakan sumber bio yang boleh diletakkan dalam pelbagai segmen pasaran seperti makanan tambahan, makanan berfungsi, kosmetik dan penjagaan diri, serta dalam bidang perubatan, bukan sahaja untuk kandungan asid lemak tetapi komponen bioaktifnya yang lain yang dapat mermberikan manfaat dalam:


  • Aktiviti kardioprotektif dan imunomodulator

  • Aktiviti antioksidan

  • Aktiviti antiproliferatif dan antitumor


Ringkasan





Sacha inchi telah diterima pakai sebagai sumber makanan kerana nilai pemakanannya yang tinggi– yang diakui mempunyai potensi manfaat untuk kesihatan manusia.


Ia terbukti membantu dalam mencegah risiko penyakit kardiovaskular, penyakit radang kronik, dermatitis dan mengawal percambahan tumor.


Nak rasai manfaat Sacha Inchi untuk kesihatan badan anda? Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sekarang.





Sumber: 1

Ulasan

Catatan Popular