Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Cara Mencegah Darah Tinggi
Tekanan darah ialah tekanan apabila darah anda menolak dinding arteri.
Setiap kali jantung anda berdegup, ia mengepam darah ke dalam arteri. Tekanan darah adalah tertinggi disaat jantung anda berdegup, mengepam darah. Ini dipanggil tekanan sistolik.
Apabila jantung anda berehat, tekanan darah anda akan jatuh. Ini dipanggil tekanan diastolik.
Bacaan tekanan darah anda menggunakan dua nombor ini. Biasanya nombor sistolik dibaca sebelum nombor diastolik.
Tekanan darah tinggi biasanya tidak mempunyai gejala. Jadi satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda mempunyainya ataupun tidak adalah dengan mendapatkan pemeriksaan tekanan darah secara berkala.
Golongan yang berisiko
Sesiapa sahaja boleh mengalami tekanan darah tinggi, tetapi terdapat faktor tertentu yang boleh meningkatkan risiko itu:
Umur - Tekanan darah cenderung meningkat dengan usia
Berat badan - Orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti lebih berkemungkinan mendapat tekanan darah tinggi
Jantina - Sebelum umur 55 tahun, lelaki lebih berkemungkinan daripada wanita mengalami tekanan darah tinggi. Selepas umur 55 tahun, wanita lebih berkemungkinan daripada lelaki
Sejarah keluarga - Sejarah keluarga yang menghidap tekanan darah tinggi meningkatkan risiko mendapat tekanan darah tinggi
Jangan risau jikalau anda tergolong dalam kumpulan diatas.
Anda dapat mencegah darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat!
Makan pemakanan yang sihat
Untuk membantu menguruskan tekanan darah anda, anda harus mengehadkan jumlah natrium (garam) yang anda makan dan meningkatkan jumlah kalium dalam diet anda. Ia juga penting untuk makan makanan yang lebih rendah lemak, serta banyak buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh.
Mendapatkan senaman yang kerap
Senaman boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat dan menurunkan tekanan darah anda. Anda harus cuba melakukan senaman aerobik intensiti sederhana sekurang-kurangnya 2 jam setengah seminggu, atau senaman aerobik intensiti cergas selama 1 jam dan 15 minit seminggu. Senaman aerobik, seperti berjalan pantas, adalah sebarang senaman yang mana jantung anda berdegup lebih kuat dan anda menggunakan lebih banyak oksigen daripada biasa.
Berada pada berat badan yang sihat
Berat badan berlebihan atau mengalami obesiti meningkatkan risiko anda untuk tekanan darah tinggi. Mengekalkan berat badan yang sihat boleh membantu anda mengawal tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko
anda untuk masalah kesihatan yang lain.
Tidak merokok
Menghisap rokok meningkatkan tekanan darah anda dan meletakkan anda pada risiko yang lebih tinggi untuk serangan jantung dan strok. Jika anda tidak merokok, jangan mulakan. Jika anda merokok, berbincang dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan bantuan dalam mencari cara terbaik untuk anda berhenti.
Menguruskan tekanan
Mempelajari cara untuk berehat dan menguruskan tekanan boleh meningkatkan kesihatan emosi dan fizikal anda serta menurunkan tekanan darah tinggi. Teknik pengurusan tekanan termasuk bersenam, mendengar muzik, memberi tumpuan kepada sesuatu yang tenang atau damai, dan bermeditasi.
Sekiranya anda sudah pun mempunyai tekanan darah tinggi, adalah penting untuk mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk atau menyebabkan komplikasi.
Dapatkan Sancha Inchi Oil GNI untuk menurukan bacaan tekanan darah tinggi anda.
Sumber: 1
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan