Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Strategi Mencegah Penyakit Jantung
Penyakit jantung adalah punca utama kematian.
Walaupun anda tidak boleh mengubah beberapa faktor risiko — seperti sejarah keluarga, jantina atau umur — terdapat banyak cara untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Mulakan dengan 7 tips ini untuk meningkatkan kesihatan jantung anda:
1. Jangan merokok
Salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk jantung anda ialah berhenti merokok dan jika anda bukan seorang perokok, pastikan anda jauhkan diri dari asap rokok.
Bahan kimia dalam tembakau boleh merosakkan jantung dan saluran darah. Asap rokok pula boleh mengurangkan oksigen dalam darah seterusnya meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung kerana jantung perlu bekerja lebih keras untuk membekalkan oksigen yang mencukupi kepada badan dan otak.
Mengikut kajian, risiko penyakit jantung mula berkurangan seawal sehari selepas berhenti.
Selepas setahun tanpa rokok, risiko penyakit jantung boleh menurun kira-kira separuh daripada risiko seorang perokok! Tidak kira berapa lama atau berapa banyak anda merokok, anda akan mula meraih ganjaran sebaik sahaja anda berhenti.
2. Bergerak: Sekurang-kurangnya 30-60 minit aktiviti setiap hari
Aktiviti fizikal harian yang kerap boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Aktiviti fizikal membantu mengawal berat badan anda juga mengurangkan peluang untuk menyebabkan tekanan pada jantung, seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes.
Jika anda sudah lama tidak aktif, sebaiknya perlahan-lahan mula untuk capai matlamat 30-60 minit setiap hari.
Aktiviti yang lebih singkat pun boleh memberikan manfaat untuk jantung. Jadi jika tidak dapat buat 30-60 minit sehari, jangan berputus asa.
Mulakan perlahan-lahan. Hanya bergerak selama lima minit pun boleh membantu. Ataupun aktiviti lain seperti berkebun dan mengemas rumah.
3. Makan diet yang menyihatkan jantung
Diet yang sihat boleh membantu melindungi jantung, mengawal tekanan darah dan kolesterol, dan mengurangkan risiko diabetes jenis 2.
Pelan pemakanan yang menyihatkan jantung termasuk:
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Kacang
Daging dan ikan tanpa lemak
Makanan tenusu rendah lemak atau tanpa lemak
Bijirin penuh
Lemak yang sihat, seperti minyak zaitun
Hadkan pengambilan:
Garam
Gula
Karbohidrat yang diproses
Lemak tepu dan lemak trans
4. Mengekalkan berat badan yang sihat
Berat badan berlebihan– terutamanya di sekitar bahagian tengah badan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.
Berat badan berlebihan boleh membawa kepada keadaan yang meningkatkan peluang untuk mendapat penyakit jantung— termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes jenis 2.
BMI 25 dan keatas dianggap berat badan berlebihan dan biasanya dikaitkan dengan kolesterol yang lebih tinggi, tekanan darah yang lebih tinggi, dan peningkatan risiko penyakit jantung dan strok.
Mengurangkan berat badan dengan hanya 3%-5% boleh membantu mengurangkan lemak tertentu dalam darah (trigliserida), menurunkan gula darah (glukosa) dan mengurangkan risiko diabetes jenis 2.
Pengurangan yang lebih banyak dapat membantu menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol darah.
5. Dapatkan tidur yang berkualiti
Orang yang tidak cukup tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk obesiti, tekanan darah tinggi, serangan jantung, diabetes dan kemurungan.
Kebanyakan orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 7 jam tidur setiap malam. Jadikan tidur sebagai keutamaan dalam hidup anda. Tetapkan jadual tidur dan patuhinya dengan tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Pastikan bilik tidur anda gelap dan senyap, supaya lebih mudah untuk tidur.
Kalau anda rasa sudah mendapat tidur yang cukup tetapi masih rasa letih sepanjang hari, buat pemeriksaan untuk apnea tidur obstruktif– satu keadaan yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.
Tanda-tanda apnea tidur obstruktif termasuk dengkuran kuat, berhenti bernafas untuk masa yang singkat semasa tidur dan bangun tercungap-cungap untuk mendapatkan udara.
6. Menguruskan stres
Sesetengah orang menghadapi tekanan dengan cara yang tidak sihat - seperti makan berlebihan, minum atau merokok.
Cuba cari alternatif untuk menguruskan tekanan— seperti aktiviti fizikal, senaman relaksasi atau meditasi untuk membantu meningkatkan kesihatan anda.
7. Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi boleh merosakkan jantung dan saluran darah. Tanpa ujian, anda mungkin tidak akan tahu sama ada anda mempunyai kondisi ini.
Tekanan darah. Pemeriksaan tekanan darah biasa biasanya bermula pada zaman kanak-kanak. Bermula pada usia 18 tahun, tekanan darah perlu diukur sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun untuk menyaring tekanan darah tinggi sebagai faktor risiko penyakit jantung dan strok.
Jika anda berumur antara 18-39 tahun dan mempunyai faktor risiko tekanan darah tinggi, anda mungkin akan disaring sekali setahun. Orang yang berumur 40 tahun ke atas juga diberi ujian tekanan darah setiap tahun.
Tahap kolesterol. Orang dewasa biasanya mengukur kolesterol mereka sekurang-kurangnya sekali setiap empat hingga enam tahun. Pemeriksaan kolesterol biasanya bermula pada umur 20 tahun. Namun, ujian awal mungkin disyorkan jika anda mempunyai faktor risiko lain, seperti sejarah keluarga.
Selain itu, buat pemeriksaan untuk Diabetes kerana Diabetes adalah faktor risiko penyakit jantung.
Jika anda mempunyai faktor risiko diabetes, seperti berat badan berlebihan atau mempunyai sejarah keluarga diabetes, pakar kesihatan mungkin akan mengesyorkan pemeriksaan awal. Jika tidak, saringan disyorkan bermula pada umur 45 tahun, dengan ujian semula setiap tiga tahun.
Selain dari pemeriksaan berkala, pastikan anda mendapatkan Sacha Inchi Oil GNI yang telah terbukti berkesan membantu ribuan pengguna untuk kekal sihat.
Sumber: 1
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan