Kekal Sihat dengan Ibadah Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Kekal Sihat dengan Ibadah




Semua ibadat yang diperintahkan Allah SWT memberikan kesan positif buat pelakunya. Mukjizat sains disingkap oleh pakar satu demi satu dalam ibadat rutin yang kita laksanakan.


Dengan berkembangnya ilmu pengetahuan, kita mendapat pengertian dan hakikat ilmiah yang begitu menakjubkan.


Kita diajar beribadat dengan iman iaitu dengan mengatakan ‘Sami’na wa atha’na’ (kami dengar dan kami taat). Namun, kita juga digesa Allah SWT untuk terus memanfaatkan akal fikiran.


Manusia mencari pelbagai cara untuk hidup dengan sihat. Benarlah kata-kata, ‘Mencegah lebih baik daripada merawat.” Pentingnya ibadat, ia mampu mencegah pelbagai jenis penyakit sama ada dari sudut fizikal, mental mahu pun sosial.


Ia terbukti secara ilmiah dari sudut perubatan. Dalam kajian pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim yang juga penulis buku Solat Dari Perspektif Sains mendapati ada kesan pergerakan solat terhadap komposisi badan, dan denyutan jantung.


Ternyata, manusia memerlukan solat untuk hidup lebih sihat. Ia keperluan bukan beban. Dengan solat, seseorang dapat berehat dan menjadi tempat mereka memohon pertolongan.


Kini terdapat banyak pusat kesihatan di seluruh dunia mengubati penyakit dengan berpuasa. Puasa sebagaimana puasanya umat Islam adalah paling ideal dan pertengahan untuk diamalkan.


Seorang saintis Jepun, Yoshinori Ohsumi memenangi hadiah Nobel 2016 kerana membuat kajian demi kajian berkaitan ibadat puasa.





Kajian beliau membolehkan pengkaji di seluruh dunia dapat memanipulasi autofagi (mekanisme sel menghancurkan komponennya yang tidak berfungsi) untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser, memulihkan penyakit diabetes dan menyekat jangkitan virus.


Dalam ibadat zakat pula, ia bagaikan transaksi kita dengan Allah SWT. Ia turut memberikan kesan ketenangan jiwa selepas dibersihkan daripada sifat tamak haloba.


Jiwa lebih tenang dengan semangat memberi. Masyarakat yang kurang kemampuan pula akan bersih jiwanya daripada sifat dengki, bahkan berasa diambil berat dan dibantu.


Apabila melaksanakan ibadat haji, bererti kita sedang menuju kepada Allah dan melupakan segala urusan lain yang tidak ada hubungannya dengan Allah.


Ia satu ibadat yang sangat memberi kesan besar kepada seseorang yang mahu melupakan dosa silam dan memulakan hidup baru yang lebih baik.


Menurut perbincangan ulama, makna mabrur mengikut pendapat paling sahih ialah tidak dicemari dengan dosa.


Dikatakan juga sebagai maqbul (diterima). Antara tanda mabrurnya haji seseorang apabila dia pulang dalam keadaan sikapnya yang lebih baik daripada sebelumnya.


Beliau juga tidak mengulangi kisah hidup yang bergelumang dengan dosa, alpa dan maksiat. Meskipun ritual ibadat yang diperintahkan kepada kita hanya berupa gerakan yang mudah, namun apabila dikaji, ia banyak memberi kesihatan emosi, mental dan fizikal.


Lebih penting, ia membawa kepada keredaan Allah dan memudahkan perjalanan kita menuju syurga.


Ibadat solat, puasa, zakat dan haji adalah Rukun Islam. Apabila dikaji, ia ternyata berperanan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.


Umat Islam perlulah menghargai dan mensyukuri nikmat Rukun Islam itu dan mengamalkannya secara bersungguh-sungguh.


Lakukannya dengan penuh ikhlas kerana Allah SWT akan menganugerahkan nikmat kesihatan, in- sya-Allah. Namun, ikhtiar saintifik lain juga jangan ditinggalkan.


Apabila usaha kita lebih menyeluruh, kesannya juga pasti lebih baik.


Pada zaman ini, kita yang dianugerahkan pengetahuan hasil penemuan sains terhadap hikmah ibadat sepatutnya dapat meningkatkan lagi iman kita.


Salah satu cara untuk beribadah dengan lebih sempurna adalah dengan menjaga kesihatan diri anda.


Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sebagai ikhtiarnya.





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular