Kelebihan Dan Hikmah Puasa 6 Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Kelebihan Dan Hikmah Puasa 6

 Hikmah Digalakkan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal



Menyempurnakan Pahala Setahun


Puasa Syaaban dan Syawal seperti solat sunat sebelum dan sesudah solat fardhu, menyempurnakan apa yang kurang dan tidak sempurna dalam perkara yang fardhu.


Adapun perkara fardu disempurnakan dengan perkara sunat pada hari kiamat nanti seperti yang disebutkan oleh Nabi SAW dalam banyak riwayat. Kebanyakan manusia mempunyai kekurangan pada puasa fardhunya, maka amalannya perlu disempurnakan dengan amalan sunat.


Selain itu, sesiapa yang tidak mempunyai sesuatu untuk disedekahkan pada akhir Ramadhan, maka berpuasalah selepas Aidilfitri kerana puasa dapat menghapus dosa, sepertimana ia adalah kafarah kepada sumpah dan kafarah-kafarah lain.


Tanda Penerimaan Puasa Ramadhan


Sesungguhnya berpuasa selepas puasa Ramadan ialah tanda kepada penerimaan puasa Ramadan kerana jika Allah SWT menerima amal soleh seseorang, maka Dia memudahkan orang itu melakukan amalan soleh yang lain. Seperti sebahagian ulama berkata, “Pahala bagi sesuatu kebaikan adalah kebaikan yang dilakukan sesudahnya.”


Sesiapa yang beramal dengan amalan baik dan kemudian dia melakukan satu lagi amalan baik, maka itu ialah penerimaan amalan baik yang pertama.


Memastikan Keampunan


Berpuasa di bulan Ramadhan memastikan keampunan bagi dosa-dosanya yang telah lepas. Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan juga dikurniakan ganjaran pahalanya pada hari Aidilfitri, ia adalah hari penganugerahan. Maka, berpuasa selepas Aidilfitri ialah tanda bersyukur dengan nikmat-Nya. Tiada nikmat yang lebih besar daripada nikmat pengampunan dosa.


Kesyukuran hamba kepada Rab atas taufik-Nya dan pertolongan daripada Allah untuk berpuasa pada bulan Ramadan, dan mengampunkan dosanya, lantas hamba itu berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada-Nya.


Para salaf, jika mereka diberi taufik untuk beribadah pada malam hari, mereka akan berpuasa pada siangnya, dan menjadikan puasa itu sebagai tanda kesyukuran kepada taufik-Nya untuk bangun malam.


Mendekatkan Diri dengan Allah SWT


Sesungguhnya amalan yang mendekatkan diri dengan Allah tidak terputus walaupun Ramadhan telah berlalu, akan tetapi berterusan selagi nyawa dikandung badan.


Kesimpulan


Sebagai kesimpulan, marilah sama-sama kita meneruskan amal-amal soleh kita pada bulan Ramadhan dengan berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal sebagaimana yang dinyatakan kelebihannya di dalam riwayat yang sahih.


Nak kekal sihat sepanjang berpuasa?


Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI dan rasai manfaatnya untuk kesihatan anda.





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular