Pergerakan dalam Solat Beri Kesan Positif kepada Kesihatan Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Pergerakan dalam Solat Beri Kesan Positif kepada Kesihatan

Kajian saintifik tentang kebaikan solat menunjukkan ibadah solat bukan sahaja memberikan manfaat rohaniah tetapi juga manfaat fizikal dan mental apabila dilakukan dengan tekun serta postur yang betul.




Sekumpulan penyelidik bioperubatan dari Universiti Malaya (UM) telah membongkar fakta-fakta positif kebaikan solat daripada sudut saintifik antaranya menurunkan kadar denyutan jantung serta mengurangkan sakit pinggang.


Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad dalam kajiannya menemui bahawa posisi sujud dalam solat dapat mengurangkan denyutan jantung sebanyak 10 kali seminit.


Katanya, kadar denyutan jantung nominal semasa sujud adalah baik untuk kesihatan jantung khususnya dan kesihatan keseluruhan badan amnya.


Seseorang yang mempunyai kadar denyutan jantung 80 kali seminit dan ke atas, berisiko tinggi mengalami serangan jantung serta darah tinggi.


Pesakit jantung dinasihatkan untuk melakukan senaman ringan selama 30 minit sehari. Solat sebanyak 12 rakaat sehari secara berturut turut boleh dijadikan sebagai salah satu senaman ringan tersebut.


Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan UM Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata pergerakan lazim solat boleh membantu mengurangkan sakit pinggang khususnya kepada wanita mengandung.


Katanya, kajian ini telah dilakukan terhadap pesakit pinggang yang normal dan ibu mengandung di kalangan kaum Melayu, India dan Cina.


Dalam kajian itu, mereka mendapati posisi rukuk dan sujud boleh dijadikan terapi kerana dapat membuka ruang antara spina 'spina canal' yang akan mengurangkan risiko penghimpitan urat saraf.


Terbukti secara saintifik bahawa solat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita.


Mari sama-sama kita menjaga kesihatan diri kita dengan menjaga solat serta mengamalkan Sacha Inchi Oil GNI untuk tubuh badan yang lebih sihat!





Sumber: 1

Ulasan

Catatan Popular