Boleh Makan Masa Beraya dengan Ikut Cara Pemakanan Sihat Ini Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Boleh Makan Masa Beraya dengan Ikut Cara Pemakanan Sihat Ini

Lebaran merupakan momen di mana kita boleh berkumpul dengan keluarga besar dan pelbagai makanan hari raya.


Makan adalah salah satu agenda wajib di hari raya namun kita perlu tetap menjaga pemakanan terutamanya jika mempunyai penyakit tertentu yang memerlukan perhatian lebih terhadap pola makan.


Memang senang untuk terlebih makan di hari raya ini, lebih-lebih lagi bila berkunjung ke rumah-rumah saudara.


Boleh jadi hampir setiap rumah hidangkan makanan hari raya.





Tips Memastikan Beraya dengan Lebih Sihat


  1. Buat target realistik di hari raya


Anda mungkin sedang ingin menurunkan berat badan atau menghidap penyakit tertentu yang memerlukan anda menjaga pola makan, seperti diabetes misalnya.


Jika anda sedang dalam program penurunan berat badan, sangat susah untuk mengawal kalori pada hari raya berbanding hari biasa.


Hidangan hari raya biasanya tinggi lemak, protein, dan karbohidrat.


Untuk sementara, anda boleh mengetepikan program penurunan berat badan anda terlebih dahulu tetapi lebih fokus kepada mengekalkan berat badan semasa.


Jangan terlalu ‘strict’ dengan diri anda, apatah lagi jika ini menyebabkan anda menolak pelbagai makanan hari raya yang sudah dihidangkan oleh tuan rumah.


Yang penting, kawal saiz hidangan dan jangan makan sehingga terlalu kenyang.


Namun bagi anda yang memang perlu mengatur pola makan, seperti pesakit diabetes, ada baiknya anda memerhatikan betul-betul apa yang anda makan.


Contohnya, hadkan makan ketupat berlebihan atau mengurangkan kuah kacang.


  1. Sibukkan diri di hari raya


Habiskan masa untuk berbual bersama rakan-rakan dan saudara selain dari makan tanpa henti. Makan di hari raya merupakan pelengkap, namun jadikan silaturahim sebagai sebab utama anda berkumpul.


Jangan terus menuju ke meja makan atau mengambil kuih muih.


  1. Penuhkan pinggan dengan sayur


Ketika mengambil makanan, penuhkan dulu pinggan dengan sayur-sayuran.


Sayur-sayuran boleh membantu untuk cepat kenyang dengan kandungan seratnya yang tinggi.


Cepat kenyang tentu akan membantu mencegah anda makan berlebihan.


Pilih jenis sayur yang tidak bersantan, tetapi jika tidak ada, anda boleh tetap mengambil sayur-sayuran bersantan tetapi kurangkan jumlah kuah santan yang anda ambil.


Santan secara semula jadi tidak mengandungi kolesterol, tetapi mengandungi lemak tepu yang tinggi.


  1. Elakkan bahagian daging yang berlemak


Makanan yang biasa dihidangkan semasa hari raya berasaskan pelbagai jenis daging, baik daging lembu, kambing, dan daging ayam.


Daging, terutamanya daging merah, biasanya mengandungi lemak tepu yang tinggi.


Meskipun pengambilan daging tidak sepenuhnya dilarang, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengawal lemak yang terdapat dalam masakan daging.


Contohnya, jika anda makan ayam, anda boleh memilih bahagian dada berbanding peha atau ‘wings’, kerana bahagian dada biasanya lebih sedikit kandungan lemaknya.


Selain itu semasa memakan ayam, seboleh mungkin elakkan makan bahagian kulitnya kerana lemak yang dimilki ayam biasanya tersimpan di kulitnya.


  1. Jauhi minuman manis yang bergula


Minuman berwarna-warni tentu menarik untuk dilihat. Sirap dan soda merupakan jenis minuman yang biasa disajikan di hari raya. Namun ambil jangan terlalu banyak kerana biasanya ia mengandungi kandungan gula yang cukup tinggi.


Satu sudu makan sirap mengandungi 53 kalori yang hampir seluruhnya berasal dari karbohidrat. Selain itu satu sudu makan sirap juga mengandungi 10 gram gula pasir.


Soda pun tidak jauh bezanya kerana setiap bahagiannya mengandungi pemanis, lebih-lebih lagi soda diet yang biasanya menggunakan pemanis tiruan sebagai pengganti gula.


Hadkan minuman tersebut untuk mencegah anda menambah kalori tanpa sedar.

Sentiasa lah beringat ketika anda berseronok menjamu hidangan hari raya, supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.


Jangan lupa juga untuk mengambil Sacha Inchi Oil GNI untuk kekal bertenaga ketika beraya.





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular