Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kawal nafsu makan pada musim Syawal ini
Juadah musim raya semestinya paling ditunggu-tunggu selepas sebulan menahan lapar dan dahaga di siang hari.
Keseronokan menyambut Aidilfitri boleh dilihat dalam pelbagai cara atau tradisi sambutan yang berbeza-beza dalam sesebuah keluarga.
Namun yang pasti persamaan ketika menyambut Aidilfitri ini bagi seluruh keluarga adalah juadah istimewa di pagi Syawal ini.
Tetapi, beringatlah untuk tidak makan terlalu mengikut 'nafsu' kerana akibatnya kelak akan ditanggung diri sendiri. Berpada-pada mengambil makanan sepanjang hari raya nanti.
Menurut perkongsian Pakar Diet Pemakanan, Nur Arafah Abdul Aahab, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian tidak kira semasa menghadiri rumah terbuka atau pada hari-hari biasa adalah keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian.
Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik, cari lah menu yang sesuai dengan anda.
Setiap sajian yang diambil haruslah pelbagai dan memenuhi diet seimbang dalam kuantiti sederhana terutama bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik bagi mengelakkan timbul masalah lain.
Tiada halangan untuk pesakit mahupun golongan yang sihat untuk menikmati juadah tetapi perlulah bijak semasa memilih jenis dan kuantiti makanan tersebut.
Kurangkan pengambilan atau kuantiti makanan yang manis, berlemak dan masin. Contohnya, air berkarbonat atau kordial, kuih-muih manis dan lauk pauk yang mengandungi kandungan tinggi santan dan minyak.
Juadah yang Paling Penting untuk Dikurangkan
Bagi pesakit kencing manis, mereka perlulah mempunyai waktu makan yang teratur dan tidak boleh mengambil makanan berkanji dalam jumlah yang banyak pada satu masa.
Pengambilan air dan makanan manis perlu dihadkan dan tidak boleh diambil berulang kali. Contohnya seperti biskut raya yang manis, lemang, ketupat dan air berperisa perlu dikurangkan.
Manakala bagi pesakit darah tinggi pula, kawal pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan lemak. Elakkan ambil kuah secara berlebihan dan kurangkan penggunaan perasa tambahan dalam masakan seperti MSG, kicap dan sos.
Makanan yang berminyak dan berlemak juga perlu dikurangkan seperti makanan bergoreng, santan, penggunaan ‘butter’ dalam kuih-kuih dan makanan berasaskan haiwan terutama rendang daging ataupun sup daging.
Tips Mudah Elak Makan Berlebihan
Jangan makan ketika perut terlalu kosong. Amalkan waktu makan yang teratur pada setiap waktu makan utama.
Amalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia
Suku untuk kanji, suku untuk lauk/protein dan separuh untuk sayur dan buah-buahan.
Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat bagi membantu mengekalkan rasa kenyang dengan lebih lama.
Elakkan pengambilan air manis yang kerap dan gantikan dengan air kosong.
Kunyah makanan secara perlahan dan nikmati juadah dalam keadaan yang selesa.
Elakkan makan semasa bersembang dan menonton televisyen kerana ini akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti yang banyak tanpa sedar.
Apa yang penting, kita berusaha untuk mengawal pemakanan kita walaupun sedang beraya dan jangan lupa untuk mengambil Sacha Inchi Oil GNI untuk kekal cergas.
Sumber: 1
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan