Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
HUKUM QADHA’ PUASA RAMADAN SERENTAK DENGAN PUASA 6 SYAWAL
Dengan menjelmanya Syawal, disamping kita berhari raya dengan penuh kesyukuran, kita juga digalakkan untuk melaksanakan puasa enam Syawal.
Namun, banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan Hukum Qadha’ Puasa Ramadan Bersekali Dengan Puasa 6 Syawal.
Kelebihan Puasa Enam
Terdapat hadis yang menunjukkan kelebihan puasa enam. Antaranya:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالٍ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ
Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”
Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Turmuzi, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain. Imam al-Turmuzi berkata hadis hassan.
Ini menunjukkan bahawa maksud puasa Ramadan seolah-olah setiap hari mewakili 10 hari. Justeru, ditambah dengan enam hari Syawal, maka jadilah ia 360 hari. Itulah tafsiran sebahagian ulama.
Hukum Puasa Qada’ Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal
Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.
Ada sebahagian yang berpendapat ianya sah malah ada juga yang berpendapat tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ tidak kepada puasa sunat Syawal. Hujah mereka tidak boleh sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.
Setelah meneliti dua hujah, Mufti Wilayah lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat.
Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.
Sama ada anda berniat untuk melakukan puasa enam secara serentak atau berasingan dengan qadha’ puasa ramadan, adalah lebih baik jika anda amalkan Sacha Inchi Oil GNI untuk mendapatkan manfaat kesihatannya.
Sumber: 1
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan