Pengambilan Kalori di Musim Perayaan Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Pengambilan Kalori di Musim Perayaan




Kemeriahan menyambut kedatangan Syawal tidak lengkap tanpa hidangan pelbagai juadah yang lazat sehingga kadangkala menjadi satu cabaran bagi mengekalkan diet seimbang.


Setelah menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan, sambutan bulan Syawal jangan dijadikan satu alasan untuk merosakkan segala manfaat kesihatan yang diperoleh daripada berpuasa sebulan.


Ramadan yang dilalui selama sebulan diakui dapat mencegah daripada beberapa masalah kesihatan seperti kolestrol tinggi, jantung dan obesiti selain berupaya meningkatkan kesihatan mental.


Namun begitu, kemeriahan menyambut Syawal dengan memenuhi pelbagai jemputan rumah terbuka yang menyediakan beraneka jenis juadah dikhuatiri akan menjejaskan segala faedah kesihatan yang diperolehi sepanjang berpuasa.


Tidak hairanlah jika terdapat dalam kalangan kita yang merungut berat badan semakin meningkat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Justeru, bulan Syawal perlu disambut dengan sikap berhemah dan bersederhana.


Bersikap sederhana perlu ditekankan dalam setiap rumah terbuka. Penganjuran sebarang majlis Hari Raya Aidilfitri adalah sesuatu yang positif dalam meningkatkan silaturahim namun setiap ahli masyarakat perlu bijak dalam menguruskan pengambilan pemakanan dan juga aktiviti fizikal sepanjang musim perayaan ini.


Pengambilan kalori perlu dikawal sebaik mungkin dengan mengawal jumlah makanan yang diambil. Pengambilan makan berlemak, bergula dan berminyak akan meningkatkan risiko peningkatan berat badan dan penyakit kronik. Oleh itu, kita perlu bijak dengan jumlah makan yang diambil sepanjang musim perayaan ini.





Panduan Diet Malaysia mencadangkan bahawa anggaran purata pengambilan kalori bagi lelaki dewasa adalah 2,000 kkal/sehari dan 1,500 kkal sehari bagi wanita dewasa. Justeru, makan makanan sihat sepanjang musim perayaan perlu diberi keutamaan untuk terus kekal sihat dan cergas.


Kita perlu menghadkan pengambilan makanan yang tinggi kalori dan perlu melebihkan makanan yang tinggi serat.


Minum air kosong adalah lebih baik daripada minuman karbonat atau minuman manis yang lain. Air kosong juga diakui dapat membantu meningkatkan pembakaran kalori.


Pakar-pakar berpendapat bahawa minum air kosong dapat meningkatkan metabolisme badan dan seterusnya meningkatkan pembakaran kalori. Pelbagai jenis kerepek yang disediakan sebagai makanan di hari raya sebahagian besarnya mempunyai kandungan garam yang tinggi perlu dikawal pengambilannya bagi mengelakkan daripada menjejaskan kesihatan.


Aktiviti fizikal wajar diteruskan dengan konsisten sepanjang musim perayaan ini. Aktiviti fizikal efektif bagi membakar kalori yang telah diambil sepanjang musim perayaan. Mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada musim perayaan tanpa melakukan senaman atau aktiviti fizkal menyebabkan terjadinya ketidakseimbangan tenaga yang merupakan asas kepada peningkatan berat badan.


Oleh yang demikian, perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari dengan melakukan senaman supaya wujudnya keseimbangan tenaga dan mengelakkan peningkatan berat badan mendadak.


Walaupun Syawal hanya disambut setahun sekali tidak bermakna kita harus mengorbankan status kesihatan diri dengan amalan pemakanan yang tidak sihat. Bersederhana adalah paling baik dalam semua aspek kehidupan seperti mana yang dituntut oleh ajaran Islam.


Salah satu cara untuk menjaga kesihatan diri juga adalah dengan mengamalkan Sacha Inchi Oil GNI yang telah terbukti memberikan kesan positif kepada ribuan penggunanya.





Sumber: 1

Ulasan

Catatan Popular