Jaga Kesihatan untuk Beribadah Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Jaga Kesihatan untuk Beribadah




Nikmat kesihatan merupakan anugerah Allah yang sangat berharga. Tanpa kesihatan yang baik, kualiti hidup kita akan terganggu. 


Rutin pemakanan dan kecergasan fizikal, biasanya yang menjadi penentu utama, membentuk dan mempengaruhi kesihatan diri kita. Ia juga turut memainkan peranan penting dalam mencorakkan penampilan dan tahap keyakinan diri kita, selain dari kesihatan mental. 


Gambaran ringkas tahap kesihatan kita boleh diukur menggunakan indeks jisim badan (BMI). Kiraan mudah ini menggunakan maklumat ketinggian, berat badan, jantina dan usia.


Bacaan indeks jisim badan antara 18.5 sehingga 25 dikategorikan sebagai berat badan yang normal. Manakala, bacaan melebihi 25 dan 30 menandakan masalah berat badan berlebihan (overweight), diikuti dengan obesiti. Kedua-dua kategori ini perlu kita elakkan. 


Untungnya kita sebagai seorang yang mempelajari al-Quran dan Hadis, setiap tindakan kita dibimbing oleh petunjuk Samawi. Allah mensyariatkan kita bukan sekadar memakan makanan yang halal, tetapi juga dikendalikan dengan cara yang betul. Begitu juga dengan petunjuk yang jelas agar kita bersederhana dan tidak berlebih-lebihan, hatta melibatkan soal permakanan. 


Diet yang seimbang bukan sekadar menjamin kesihatan yang baik, tetapi juga merupakan tuntutan utama bagi memastikan kelangsungan ibadah kepada Allah. 


Pengambilan karbohidrat, protein, serat, vitamin dan zat-zat lain perlu diseimbangkan dengan usia dan tuntutan aktiviti fizikal. Bagi orang dewasa, kemampuan badan menukarkan nutrisi dari makanan kepada tenaga yang diperlukan badan, berkurang seiring dengan peningkatan usia. Sejajar dengan itu, pengambilan makanan berlebihan dari keperluan, akan mengakibatkan peningkatan berat badan. 


Kita perlu memberi lebih perhatian kepada corak pemakanan kita. Pengambilan protein berlebihan dari sumber daging merah tanpa diimbangi dengan serat yang cukup, bukan sahaja boleh mengakibatkan masalah kolestrol, tetapi juga meningkatkan risiko kanser contohnya kanser kolon. 


Pengambilan serat dari pelbagai sumber seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman sangat penting. Kita memerlukan serat pada kadar 30 gram sehari. Sebagai contoh, sebiji pisang dan oren bersaiz sederhana membekalkan lebih kurang 3 gram serat setiap biji. Buah-buahan tempatan seperti mangga dan jambu merupakan antara sumber serat yang sangat baik. 


Adalah menjadi kewajiban setiap dari kita untuk memelihara dengan baik nikmat kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah. Nikmat ini perlu disyukuri dengan cara memberikan badan haknya untuk berfungsi dengan cekap dan optimum. 


Usaha dan kesungguhan kita memelihara kesihatan, insya-Allah akan menghindarkan kita dari pelbagai jenis penyakit. Bersamalah kita mengamalkan diet seimbang bagi memelihara dan mengekalkan anugerah Allah yang sangat berharga ini.


Amalkan pengambilan Sacha Inchi Oil GNI dalam usaha menjaga kesihatan diri anda agar kekal sihat dan bertenaga untuk menjalankan ibadah. 





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular