Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Makanan Sunnah Memberi Manfaat untuk Kesihatan
Makanan dan minuman memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan manusia. Seperti mana definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah kesejahteraan jasmani, rohani dan sosioekonomi.
Kebanyakan manusia mendapat penyakit disebabkan oleh corak pemakanan yang salah dan kurang pengetahuan mengenai pemakanan sihat.
Nabi Muhammad SAW adalah manusia teladan yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh aspek kehidupan. Teladan baginda ini berkaitan dengan pelbagai perkara termasuklah sesuatu yang mungkin kelihatan remeh iaitu pemakanan. Rasulullah SAW mengajar bukan sahaja setakat memilih makanan tetapi juga cara dan adab makan serta minum.
Adab Makan Dan Minum oleh Rasulullah SAW
Beberapa adab makan dan minum oleh Rasullullah SAW adalah:
Mencuci tangan sebelum makan
Membasuh tangan sebelum makan dapat membersihkan segala kotoran yang ada pada tangan dan seterusnya dapat mengelakkan penyakit.
Membaca basmalah dan doa sebelum makan
Memulakan makan dengan doa akan mendatangkan berkat.
Makanan yang berkat akan memberi tenaga dan tenaga yang berkat ini akan digunakan untuk kesihatan diri dan kebajikan.
Makan dengan 3 jari tangan kanan
Menggunakan tiga jari kanan mengecilkan saiz suapan dan seterusnya makanan dapat dikunyah dengan sempurna.
Makan dengan jari tangan kanan merupakan cara untuk memperoleh hasil terbaik proses pencernaan, makan menggunakan tangan terbukti lebih menyihatkan kerana jari akan mengeluarkan enzim ‘RNAse’ yang dapat mengawal aktiviti bakteria sehingga ke tahap minima dalam sistem pencernaan. Ini mampu menghindarkan penyakit yang disebabkan oleh perut.
Duduk dengan baik, tegap dan tidak bersandar
Posisi ini memudahkan makanan turun serta dihadamkan dengan sempurna.
Bersikap sederhana dan tidak berlebihan ketika makan
Rasulullah SAW tidak pernah makan hingga terlalu kenyang, tidak makan lagi sesudah kenyang dan tidak makan melebihi sepertiga perut kerana sepertiga lainnya adalah untuk minuman dan udara (nafas).
Dengan erti lain Rasulullah SAW makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Mulai makan dari hidangan atau bahagian yang terdekat dengan kita
Selain kelihatan lebih sopan, tenang dan tidak rakus, tindakan ini juga boleh memperoleh keberkatan makanan tersebut.
Tidak mencela makanan yang tidak disukai
Jika Rasulullah SAW tidak berselera, baginda akan meninggalkan makanan tanpa mencela makanan tersebut.
Cacian terhadap makanan boleh mengurangkan keberkatan yang Allah SWT berikan dalam makanan tersebut dan memberi kesan negatif terhadap kesihatan tubuh sekiranya makanan tersebut dimakan.
Makanan Dan Minuman Sunnah
Rasulullah hanya makan & minum makanan serta minuman yang halal mengikut syariat dan berkhasiat.
Beberapa jenis makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah :
Air Zamzam
Kajian saintifik menunjukkan bahawa air zamzam mempunyai struktur molekul air yang unik dan bersifat beralkali. Ciri ini dapat mengimbangi keasidan di dalam badan.
Di samping itu, ia mengandungi banyak mineral seperti fluorida, kalsium, klorida, sulfat, bikarbonat, kalium dan natrium.
Imam At-Tirmizi menerangkan bahawa air zamzam yang diminum akan memberi manfaat kepada seseorang mengikut hajat baik orang tersebut.
Daging kambing bahagian lengan
Bahagian ini :
Mengandungi kurang lemak.
Paling lembut.
Mudah dihancurkan atau dihadamkan.
Mengandungi banyak zat besi.
Memberi tenaga untuk kekuatan otot dan membangkitkan semangat.
Roti yang diperbuat daripada tepung barli yang tidak diproses
Mengekalkan serat dan khasiat vitamin kerana lapisan bran dikekalkan.
Susu
Susu yang mengandungi khasiat yang lengkap terdiri daripada protein, lemak dan mineral yang dapat membantu pembentukan tulang serta mencegah penyakit anemia.
Kajian mendapati bahawa susu kambing dapat memberikan lebih khasiat kepada badan berbanding susu lembu.
Keju
Rasulullah SAW menyukai keju yang diperbuat daripada susu lembu dan kambing. Keju rendah lemak mempunyai lebih manfaat sama seperti susu rendah lemak.
Kurma
Menurut kajian, buah kurma boleh menjadi makanan yang ideal pada masa hadapan kerana ia mengandungi :
15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, kadar karbohidrat yang tinggi, serat, protein, lemak dan minyak, mengandungi 23 jenis asid amino, sebahagiannya tidak ditemui dalam buah-buahan yang popular seperti oren, epal dan pisang.
Kurma juga mengandungi fluorin yang membantu meningkatkan kesihatan gigi, dan
Selenium yang diperlukan oleh sistem pertahanan badan bagi mencegah kanser.
Madu
Hasil kajian menunjukkan madu lebah kaya dengan bahan antioksidan yang berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas bertindak ke atas sel-sel badan bertukar kepada kanser.
Menurut dapatan kajian di Universiti Memphis di Tennessee, madu lebah sesuai untuk ahli-ahli sukan kerana mengawal kadar hormon kortisol di tahap rendah untuk meningkatkan lagi daya kekuatan otot. Madu juga merupakan sumber tenaga asli yang baik untuk semua orang termasuk ahli-ahli sukan.
Hasil kajian University of Wales Institute Cardiff (UWIC), madu lebah berfungsi sebagai antibiotik di mana ia mampu menembusi sistem pertahanan kuman sekaligus mencegah pembiakan dan jangkitan kuman.
Jintan Hitam (Habbatussauda’)
Pelbagai penyelidikan terhadap jintan hitam menemukan kesan positif berkaitan dengan kesannya sebagai bahan antiradang dan anti tumor serta meningkatkan sistem imunisasi badan.
Minyak Zaitun
Minyak ini mempunyai lemak mono tak tepu yang mempunyai kelebihan seperti dapat melindungi diri daripada penyakit koronari jantung, menurunkan paras kolesterol darah, mengawal tekanan darah serta melindungi diri daripada kanser.
Konklusi
Rasulullah SAW mengamalkan cara hidup sihat melalui gaya pemakanan yang seimbang dan sentiasa bersederhana. Gaya hidup baginda sangat sesuai dijadikan pedoman hidup agar terhindar daripada gejala penyakit.
Rasulullah SAW sentiasa menggalakkan umatnya agar menjaga kesihatan. Sekiranya seseorang itu sihat dan kuat, dia dapat bekerja dan mencari nafkah untuk keluarganya serta dapat membela bangsa, masyarakat dan negara.
Kesihatanlah yang membolehkan seseorang itu menyempurnakan kewajipan dunia dan agamanya.
Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sebagai teman dalam perjuangan mengekalkan kesihatan anda agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat.
Sumber: 1
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan