Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pemakanan dalam Islam
Islam amat mementingkan kesihatan seseorang daripada segi jasmani mahupun rohani.
Kesihatan merujuk kepada kesihatan rohani, akli, psikologi dan juga jasmani di mana ia saling berhubungkait dan bersatu padu secara menyeluruh. Dalam pada manusia merangka kerja seharian, kadang kala kita mengabaikan kepentingan kesihatan diri sendiri.
Islam menganjurkan supaya umatnya juga menjaga kebersihan untuk kesihatan diri dan melahirkan ummah yang sihat dan mampu melawan penyakit berjangkit. Individu yang sihat pula akan mampu memahami dan melaksanakan suruhan Allah.
Di dalam Al Quran banyak mengajar manusia tentang tabiat makan yang sihat dan pemakanan yang baik.
Panduan tersebut bukan sekadar bertujuan untuk mengekalkan kesihatan jasmani manusia malah juga kesihatan rohani. Tumbesaran manusia mestilah seimbang antara rohani dan jasmani.
Jika seseorang hanya tertumpu kepada menekankan diet dan pemakanan tanpa menghiraukan pengabdian diri kepada Allah, juga boleh mengakibatkan dirinya lemah kerana iman dan jiwa yang kosong.
Namun sebaliknya berlaku jika seseorang hanya sibuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah dan menghambakan diri kepada Allah tetapi mengabaikan keperluan tubuh badan, natijahnya juga sama iaitu menyebabkan mereka ditimpa sakit dan lemah yang membawa kepada kesukaran untuk mentaati perintah Allah.
Terdapat juga dalam Al Quran memperincikan secara khusus tentang keistimewaan sesetengah jenis makanan. Antara makanan yang telah dianjurkan dalam Al Quran termasuklah susu, kurma, anggur, madu, jagung, bijirin dan buah zaitun yang mempunyai khasiat pemakanan yang baik untuk kitaran hidup manusia.
Al Quran juga tidak dihadkan hanya menerangkan makanan yang halal dan haram sahaja malah lebih meluas dengan menyentuh tentang panduan berguna berkenaan hidangan yang seimbang di mana ia merangkumi semua zat yang berguna untuk pertumbuhan badan, memperbaiki tisu- tisu tubuh, memperkuatkan tubuh dan mengelakkan daripada penyakit berjangkit.
Berlandaskan pendekatan sains, kita disarankan memakan makanan daripada empat kumpulan asas iaitu kumpulan susu, daging, bijirin dan roti serta kumpulan sayur- sayuran dan buah- buahan.
Dalam Islam, makanan seimbang merujuk kepada makanan untuk jasmani dan rohani. Makanan untuk rohani ialah ilmu yang membawa manfaat, iman dan amal ibadat yang diusahakan demi Allah manakala makanan untuk jasmani pula meliputi makanan yang telah diutarakan melalui pendekatan sains dan tertakluk kepada prinsip- prinsip syariah dan mendapat keberkatan daripada Allah.
Perlu diingatkan bahawa pengambilan makanan yang berlebihan bukan sahaja menyebabkan berlakunya penambahan berat badan malah merupakan satu tanda awal rangsangan kepada permulaan pelbagai penyakit.
Dari sudut rohani, makan dengan cara berlebihan pula menyebabkan hati kita lebih sukar untuk menerima perkara- perkara yang baik yang boleh melemahkan daya fikir manusia. Oleh sebab itu, makanan yang dimakan perlu diberi perhatian dari segi khasiatnya dan berapa besar hidangannya.
Bagi seorang Muslim, mengambil makanan adalah untuk meneruskan kehidupan dan bukanlah hidup untuk makan. Oleh yang demikian, makanan yang baik bukan sahaja mengambil kira kandungan zat yang ada dalam makanan tersebut tetapi juga dari segi bersih dan halal turut perlu diberi penekanan. Kita sepatutnya prihatin terhadap makanan yang diambil dan menepati kehendak agama dan dari segi khasiatnya. Sehubungan dengan itu, kita perlu bersederhana dalam semua perkara.
Pendekatan ini merupakan suatu langkah pencegahan yang baik untuk kita turuti dalam menjaga kesihatan. Ini kerana pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati.
Melalui pendekatan makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang menunjukkan Islam tidak menekankan seseorang itu perlu mengambil makanan yang banyak untuk mendapatkan makanan yang seimbang, sebaliknya Islam mengamalkan kesederhanaan.
Syariat Islam sebenarnya adalah lengkap dan tidak membebankan penganutnya, apatah lagi dalam perkara-perkara sunat. Antara perkara sunat ketika makan dan minum merupakan adab yang perlu dititikberatkan ketika menjamah juadah ialah duduk sambil makan, memulakan dengan bacaan Bismillah dan mengakhirinya dengan Alhamdulillah, tidak berjalan-jalan ketika makan, membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Semuanya mempunyai hikmah yang tersendiri.
Justeru itu, apa yang telah digariskan oleh Islam cukup lengkap sebagai panduan dalam hidup kita seharian. Bersederhana dalam semua perkara sehinggakan dalam pengambilan makanan pun kita perlu mengamalkan sikap tersebut.
Selain mengamalkan nilai- nilai yang telah dianjurkan dalam Islam, nilai pemakanan dan mutu khasiat makanan yang kita ambil juga perlu diutamakan agar kita mampu menjadi ummah yang sihat dan baik.
Bersama-sama kita berusaha untuk menjadi ummah yang sihat. Amalkan Sacha Inchi Oil GNI sebagai salah satu usaha mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.
Sumber: 1
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan