Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pentingnya Sihat untuk Beribadah
Islam mewujudkan banyak peraturan buat umatnya seperti beristinjak, berwuduk, samak dan pelbagai lagi.
Semua amalan ini menunjukkan, untuk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT, umat Islam perlu mengutamakan kehidupan sihat dan memelihara kebersihan.
Kesihatan tidak mungkin hadir tanpa kebersihan tubuh badan dan persekitaran tempat tinggal.
Sehinggakan Rasulullah SAW membariskan kebersihan sebagai sebahagian daripada iman. Hubungan iman dengan kebersihan petanda cukup nyata Islam mementingkan hidup yang dilatari suasana kondusif.
Imam al-Ghazali menegaskan banyak pendidikan kesihatan diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya termasuk aspek kebersihan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan pemakanan.
Di dalam tubuh yang sihat itu terdapatnya kelazatan dalam beribadah. Pesanan Imam al-Ghazali itu memberikan kita pengajaran dalam merangka dasar kehidupan supaya tidak bersikap lepas tangan dalam hal penjagaan kesihatan.
Dalam ibadah seperti solat, berpuasa atau mengerjakan haji, ia sangat memerlukan kualiti tubuh badan sihat supaya ia dapat disempurnakan dengan selesa dan tenteram.
Bagaimanapun, ramai dalam kalangan kita berasa selesa kerana masih sihat lalu meminggirkan soal penjagaan kesihatan.
Ketika sihat, kita akan makan dan minum apa sahaja. Hawa nafsu makan dilayan sepenuhnya. Perut lapar dipenuhi semahu-mahunya tanpa memikirkan kesan buruknya.
Tidak menghairankan, pada hari ini statistik penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit kardiovaskular dan hepatitis semakin meningkat.
Peningkatan jumlah pesakit menghidap pelbagai penyakit tidak berjangkit itu membuktikan masyarakat hari ini kurang peka hal berkaitan pemeliharaan serta penjagaan kesihatan.
Meskipun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) aktif menyalurkan pelbagai maklumat dan mengadakan kempen menyedarkan masyarakat berkaitan penjagaan kesihatan, tetapi ia masih belum menimbulkan rasa serik di hati manusia.
Sikap berlebihan dalam pengambilan gula dan garam contohnya dikenal pasti sebagai punca peningkatan jumlah pesakit kencing manis dan darah tinggi serta penyakit gout.
Sebab itulah Islam dari awal lagi mendidik umatnya supaya bersederhana dalam aspek pemakanan.
Allah SWT menjelaskan kepada kita menerusi Surah Al-A’raf, ayat 31 yang bermaksud: “Wahai anak Adam, pakailah perhiasanmu ketika setiap sembahyang. Makan dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebihan.”
Ayat itu menjelaskan, sikap berlebihan seperti makan minum itu tidak disukai Allah SWT. Walaupun apa yang kita makan dan minum itu bersih lagi halal di sisi hukum syarak, andainya cara makan dan minum itu melampau atau berlebihan, ia tetap dilarang agama.
Dalam aspek pemakanan dan penjagaan kesihatan pun Allah SWT menggariskan panduan buat kita.
Ketahuilah, apa yang dilarang Allah pasti ada keburukan di sebaliknya. Begitu juga dengan titah perintah-Nya, pasti terkandung pelbagai kebaikan buat manusia.
Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya melatari kehidupan dunia ini dengan gaya hidup sihat.
Rasulullah SAW bukan setakat menyampaikan didikannya berdasarkan panduan secara teori semata-mata, Baginda SAW juga menunjukkan bagaimana menggayakan kehidupan mengikut lunas sebenar.
Imam al-Hakim meriwayatkan satu pesanan Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa mudamu sebelum datangnya masa tua, masa sihatmu sebelum datangnya masa sakit, masa kaya sebelum datang masa miskin, masa lapang sebelum datangnya masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum datang kematian.”
Jagalah kesihatan kita kena ianya sangat dituntut dalam agama.
Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sebagai ikhtiar untuk kita kekal sihat agar dapat menjalankan ibadah dengan lebih sempurna.
Sumber: 1
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan